Cinta & Perhubungan

Check-list Untuk Majlis Perkahwinan Anda!

Perkongsian

cincin-emasMemandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka ramai pasangan pengantin baik yang muda mahupun yang tua sibuk memenuhkan dinding laman sosial dengan gambar hari perkahwinan mereka.  Boleh dikatakan di Facebook, Twitter atau Instagram mesti ada individu yang mengupload gambar berkaitan kawan atau saudara mereka yang mendirikan rumah tangga. Tidak kurang juga ramai yang bertunang dan merisik.

Jika hari bahagia mereka sudah berlalu, bagaimana pula dengan hari bahagia anda nanti? Adakah anda sudah bersedia dan merancang yang terbaik?

Memandangkan majlis perkahwinan hanyalah sekali, seharusnya bakal pengantin perlu mengetahui keperluan dan bajet untuk hari mahligai demi memastikan majlis perkahwinan anda lebih lancar dan mengelakkan kesusahan pada masa akan datang. Tidaklah semasa akad nikah anda lupa menyediakan wang upah untuk Tok Kadi, malu dua-dua belah pihak pengantin nanti. Oleh itu anda boleh menyenaraikan perkara dan bajet anda tentang sesuatu perkara. Contohnya jumlah wang hantaran, bajet untuk pelamin dan sebagainya.  Jika ini perkahwinan anda yang kedua, atau ketiga atau keempat sekalipun, anda masih perlu melihat keperluan majlis  untuk memperbaiki lagi majlis anda supaya lebih sempurna dan tidak ‘mengelabah’ di saat akhir nanti.

Sebelum majlis perkahwinan anda yang sebenar, terdapat empat fasa yang anda akan lalui iaitu fasa merisik, fasa pertunangan, fasa pra-perkahwinan, fasa malam berinai dan  fasa perkahwinan! Setiap fasa dicirikan apakah perkara dan bajet yang anda perlu sediakan mengikut pilihan anda dan pasangan masing-masing. Jangan lupa take note ya bujang dara semua !

1.Fasa merisik

merisik1

Fasa ini meliputi fasa dimana anda bertemu dengan keluarga pengantin perempuan untuk bertanyakan status  pujaan hati anda. Ini meningkatkan lagi keyakinan ibu bapa anda bahawa anda tidaklah mengambil suami atau isteri orang kerana sesetengah masyarakat Melayu tidak suka anak mereka mengambil ‘hak’ orang. Pertemuan ini juga adalah sesi kenal suai untuk memperkenalkan dan mengenali pasangan pilihan anda kepada ibu bapa. Akhlak, adab dan keturunan pihak perempuan dirisik untuk memberikan pasangan hidup yang terbaik untuk anak teruna dan juga bakal ibu cucu mereka nanti. Setiap negeri mempunyai adat merisik yang berbeza adalah lebih baik bagi pihak lelaki untuk menyelidiki adat merisik yang diamalkan di negeri pihak perempuan bagi mengelakkan apa-apa masalah dimasa hadapan.

Perkara dan bajet dalam fasa merisik adalah:

  • Bajet cincin pihak perempuan
  • Bajet jamuan makan pihak perempuan
  • Bajet sepersalinan baju merisik

2.Fasa Pertunangan

zhp_8916

Fasa ini adalah fasa dimana selalunya keluarga kedua-dua belah pengantin akan membincangkan tentang tarikh dan tempat perkahwinan, tema perkahwinan, harga mas kahwin dan sebagainya. Ia juga dianggap satu perjanjian hati antara kedua-dua belah pihak sebelum akad nikah. Dalam proses pertunangan ini, lelaki dan wanita boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, tetapi hendaklah mengikuti syariat Islamiah yang telah ditetapkan.

Perkara dan bajet dalam fasa pertunangan adalah:

  • Bajet cincin, rantai atau gelang
  • Bajet jamuan makan di rumah perempuan
  • Bajet hantaran ( kek, beg , dompet, kasut dan barangan lain )
  • Bajet baju pertunangan
  • Bajet pelamin pertunangan
  • Upah jurukamera

3. Fasa Pra Perkahwinan

Masjid-Negara2

Biasanya fasa ini adalah fasa anda ingin melengkapkan dokumen yang dikehendaki untuk sesi akad nikah nanti. Jika salah satu daripada dokumen yang diperlukan untuk akad nikah tidak lengkap, maka sesi akad nikah mungkin terganggu. Tetapi ini juga mengambil kira budi bicara daripada Tok Kadi. Kursus pra-perkahwinan contohnya adalah satu satu cara kerajaan untuk mendedahkan bakal pengantin kepada dunia rumah tangga. Objektif daripada kursus kahwin ini selalunya adalah untuk menyedarkan bakal pengantin akan tanggungjawab masing-masing apabila berumah tangga kelak. Kursus ini biasa diadakah selama 2 hari.

Perkara dan bajet dalam fasa pra-perkahwinan adalah seperti berikut:

  • Bajet kursus pra-perkahwinan ( mengikut negeri dan tempat masing-masing)
  • Bajet kos mendaftar
  • Bajet ujian HIV dan ujian lain yang perlu
  • Bajet kad jemputan perkahwinan

4.Fasa Malam Berinai

Farah-Johan-Berinai-FB13

Malam berinai adalah malam di mana pihak perempuan akan berinai di pelamin pada petang atau malam ketiga sebelum majlis persandingan. Bakal pengantin perempuan akan diinaikan pada bahagian tangan dan kaki, manakala bakal pengantin lelaki pula biasanya akan diinaikan pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu sebelah tangan sahaja. Bakal pengantin perempuan juga kebiasaannya akan mengayakan beberapa pasang baju samada baju tradisional, baju moden ataupun baju daripada kebudayaan lain yang menjadi pilihan mereka.

Perkara dan bajet dalam fasa malam berinai adalah seperti berikut:

  • Bajet upah henna / berinai
  • Bajet baju persalinan malam berinai
  • Upah jurukamera

5.Fasa Majlis Perkahwinan

Majlis-Perkahwinan-8

Setelah selesai bajet dan keperluan untuk sesi di atas, maka anda boleh lah merancang bajet dan keperluan di bawah yang akan digunakan untuk majlis persandingan anda nanti. Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Majlis ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat istiadat orang Melayu. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di majlis ini juga sahabat dan keluarga akan datang dan memberikan ucapan tahniah beserta hadiah kepada pengantin. Mereka juga akan bergambar sebagai simbol memori akan datang dan untuk berkongsi rasa gembira dengan pihak pengantin.

Terdapat beberapa pecahan bajet dan perkara yang  perlu anda kemukakan untuk fasa perkahwinan.

i. Bajet Akad nikah dan Persandingan

tumblr_m9f3xzbxP01qjhtajo1_1280

  • Upah Tok Kadi
  • Bajet cincin, gelang atau rantai perkahwinan
  • Bajet barang hantaran ( Sejadah, samping, kek, minyak wangi, beg, tali pinggang dan sebagainya)
  • Upah jurukamera
  • Upah mak andam
  • Bajet pelamin
  • Bajet dewan atau khemah
  • Bajet baju persandingan
  • Bajet cenderahati tetamu atau goodies
  • Bajet hiasan bilik pengantin
  • Bajet baju pengapit lelaki dan wanita
  • Bajet jamuan kedua-dua pihak pengantin lelaki dan wanita beserta jumlah tetamu

*Pengantin boleh memilih untuk mengadakan jamuan secara gotong royong ataupun secara catering. Jika pihak pengantin ingin mengadakan jamuan secara gotong royong, maka upah untuk orang yang membantu bergotong-royong perlu disertakan*

ii. Bajet Makan beradab

gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-7

  • Bajet set meja makan dan kerusi pengantin berserta alas
  • Bajet lauk-lauk pengantin
  • Bajet bunga
  • Bajet hiasan

iii. Bajet Keraian dan Hiburan

Phocus Art-627

  • Kompang
  • Majlis Khatam AlQuran
  • Silat pengantin
  • Marhaban dan berzanji
  • Sistem PA
  • DJ atau pengerusi majlis

iv. Bajet Photobooth

photobooth perkahwinan

Trend majlis perkahwinan pada masa kini adalah kehadiran photo booth diluar rumah pengantin. Selalunya pihak tuan rumah akan menyediakan satu buku khas dan semua tetamu yang hadir boleh menulis ucapan selamat kepada pengantin di dalam buku tersebut. Disitu juga direka khas satu latar belakang atau wallpaper yang menarik untuk para tetamu mengambil gambar dengan lebih santai selain bergambar di pelamin.

  • Bajet photobooth

*Hiasan, kerusi dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing *

Diharap perkongsian untuk check-list di hari perkahwinan ini memudahkan anda untuk mengatur dan merancang majlis perkahwinan pada masa akan datang. Tidak semestinya semua fasa perlu ada dalam rancangan perkahwinan anda kerana setiap pasangan mempunyai bajet yang berbeza untuk kegunaan hari bahagia mereka. Jika bajet anda tidak mewah, maka anda boleh memilih untuk mengadakan majlis mengikut kemampuan anda sendiri.

“ Sesungguhnya pernikahan yang paling berkah adalah pernikahan yang bermahar sedikit”- Mukhtashar sunan Abu Daud

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply