Fesyen & Gaya Hidup

10 Jenis Diet Untuk Kurus dan Ramping!

Perkongsian

Diet-and-Exercise-Plan-to-Lose-10kg-in-3-Months (1)

Kini ramai yang mula sedar akan kepentingan memiliki berat badan yang ideal untuk meningkatkan keyakinan diri serta menjalani gaya hidup sihat. Untuk mengurangkan berat badan, anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, bersenam, dan berenang, manakala anda juga boleh memilih untuk mengawal pengambilan makanan anda sesuai dengan kalori yang badan anda perlukan. Bagi yang tiada masa atau ‘tidak rajin’ untuk berbelanja ke gim dan melakukan aktiviti luar, anda boleh mengurangkan berat badan anda dengan cara mengawal atur pengambilan pemakanan anda.

Pakar pemakanan telah mengemukakan beberapa diet yang boleh membantu anda menghilangkan lemak dan pembentukan badan yang sihat dengan mengambil nutrisi yang diperlukan sahaja. Diet  tidak seimbang yang sangat terkenal di kalangan remaja tidak sesuai diamalkan memandangkan tubuh badan remaja masih memerlukan nutrisi yang cukup untuk pertumbuhan, dan amalan diet sedemikian boleh membantutkan pertumbuhan badan mereka. Tetapi sesetengah diet yang dicadangkan oleh pakar pemakanan juga sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

 Untuk mendapatkan berat badan ideal, ada beberapa diet yang boleh anda pilih sesuai dengan gaya anda supaya diet anda lebih berkesan.

1. DIET ATKIN

highcarb-vs-lowcarb-update05

Diet Atkin merupakan diet di mana anda mengambil makanan protein seperti daging merah, ayam dan ikan tetapi menghadkan pengambilan berasaskan karbohidrat seperti nasi, kentang dan gandum. Diet ini banyak di amalkan di Malaysia.

KEBAIKAN :  Ia dapat menurukan berat badan dengan cepat tanpa rasa lapar.

KEBURUKAN: Boleh menyebabkan gangguan pada fungsi ginjal dan hati jika diamalkan pada waktu yang lama. Ia juga meningkatkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser usus besar dan stroke.

2. DIET THE SOUTH BEACH

390_profile_img1_southbeach

Diet ini merupakan diet yang mengalakkan pengamalnya mengambil makanan berasaskan protein dengan jumlah tinggi, dan tidak mengamalkan apa-apa makanan berasaskan karbohidrat yang kompleks seperti nasi.

KEBAIKAN : Boleh menurukan berat badan dan kolestrol dengan cepat tanpa berasa lapar, boleh mengawal kandungan gula dalam darah dan mencegah penyakit jantung.

KEBURUKAN : Kebanyakkan makanan yang boleh diambil adalah makanan berasaskan daging dan dairy product , kurang sesuai bagi vegetarian dan orang yang tidak mengemari daging.

3. DIET ZONA

zone-diet

Diet ini memberikan panduan pemakanan berdasarkan peratusan iaitu 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak daripada jumlah kalori.

KEBAIKAN : Menurunkan berat badan sebanyak 1-5 kg dalam masa seminggu dan mengawal tahap insulin dalam badan pada paras normal.

KEBURUKAN: Selain cara peratusan yang susah untuk dikonsum oleh pengamal diet, diet ini juga membekalkan karbohidrat yang sedikit dan tidak mencukupi bagi pengamal yang menjalani aktiviti seharian yang lasak.

4. DIET RAWFOOD

Rawfood

Diet ini sesuai bagi pengamal yang vegetarian ataupun individu yang suka mengambil sayur-sayuran dan buah-buah sebagai makan mentah. Makanan mentah diambil untuk mengelakkan makanan kehilangan zat daripada aktiviti memasak seperti mengoreng, mengukus dan membakar.

KEBAIKAN : Membantu mengekalkan kesihatan kulit selain menghilangkan berat badan dengan cepat.

KEBURUKAN: Diet ini sesuai diamalkan di negeri yang tidak menggunakan racun serangga dalam aktiviti penanaman buah dan sayur-sayuran. Pengamal juga boleh mengambil inisiatif dengan menanam sendiri buah dan sayur-sayuran yang anda inginkan.

5. DIET BLOODTYPE

large_79_Bloodtype_All_Four_2

Diet ini adalah diet yang berasaskan jenis darah bagi tiap-tiap individu.

Individu yang mempunyai darah jenis A digalakkan mengambil pemakanan berasakan vegetarian kerana memiliki risiko penyakit kardiovaskular ( jantung) pada kadar yang tinggi.

Individu yang memiliki darah B digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan susu, daging dan ikan.

Individu berdarah AB pula digalakkan mengamalkan pengambilan makanan seperti individu berdarah A dan B.

Individu berdarah O pula boleh mengamalkan diet yang tinggi protein dan kurang karbohidrat kerana golongon darah O dipercayai cepat mengalami kenaikan berat badan.

KEBAIKAN : Membantu mengurangkan stress dan sesuai untuk kesihatan badan anda.

KEBURUKAN : Diet ini tidak dikaji secara menyeluruh lagi, jadi kategori makanan yang dicadangkan boleh menyebabkan tindak balas yang berbeza kerana walaupun individu mempunyai darah yang sama tetapi reaksi di dalam badan setiap individu sudah tentunya berbeza.

6. DIET THE CABBAGE SOUP

wonder-soup-table

Diet ini membantu mengurangkan berat badan pengamalnya dengan pengambilan sup kubis selama 7 hari berturut-turut dan pengurangan pengambilan karbohidrat, protein dan lemak.

KEBAIKAN : Diet yang paling cepat mengurangkan berat badan dalam beberapa minggu sahaja.

KEBURUKAN : Pengambilan sup kubis sahaja menyebabkan rasa lapar bagi pengamalnya. Ini menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, perut kembung dan tidak fokus. Boleh diamalkan dengan pengambilan suplemen makanan tambahan seperti zat vitamin dan mineral.

7. DIET THE SUGAR BUSTER

pyramid

Diet ini hanya mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, gandum dan roti dalam kuantiti sedikit.

KEBAIKAN : Menurukan berat badan dengan cepat

KEBURUKAN : Diet ini merupakan diet rendah kalori yang tidak seimbang dan jika mengamalkan dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan tubuh lesu dan tidak bermaya.

8. DIET MEDITERANIA

mdp

Diet ini adalah merupakan kebiasaan adat pemakanan masyarakat Eropah Selatan. Diet ini lebih fokus kepada buah-buahan segar, keju, yogurt, telur dan daging merah berasaskan peratusan lemak kurang daripada 8%.

KEBAIKAN : Menyediakan setiap elemen dalam nutrisi pemakanan

KEBURUKAN : Kurang pengambilan karbohidrat kompleks dalam makanan ini tidak sesuai bagi pengamal yang mengamalkan aktiviti berat.

9. DIET DETOX

Detox water with various types of fruit in mason jars

Prinsip diet ini adalah tidak mengamalkan apa-apa makanan yang dipercayai membawa kesan buruk seperti makanan proses dan juga fastfood. Diet ini juga mengalakkan pengamalnya mengambil jumlah air dalam kadar yang banyak.

KEBAIKAN : Selain mengurangkan berat badan, diet ini juga membantu membuang toksin dalam badan.

KEBURUKAN: Pengambilan jumlah air yang banyak melebihi had boleh menyebabkan hyponatremia.

10.DIET FIT FOR LIFE

fit-for-life-diet

Diet ini mengalakkan pengamalnya untuk tidak mencampurkan makanan berasaskan protein dan karbohidrat pada masa yang sama, tidak meminum air ketika waktu makan dan menghindarkan makanan berasaskan dairy product.

KEBAIKAN: Membantu tubuh untuk lebih sihat dan teratur selain mengurangkan berat badan.

KEBURUKAN : Tidak sesuai diamalkan oleh pengamal yang tidak suka peraturan makanan.

 

Diharap perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat memberikan anda info umum tentang diet yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan berat badan yang anda inginkan. Pilih lah diet yang sihat mengikut keselesaan anda. Tubuh yang sihat lahir daripada pemakanan yang baik dan seimbang. Selamat mencuba!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply