Semasa

3 Maut Angkara Zika !

Perkongsian

COLOMBIA-HEALTH-ZIKA

Venezuela : Hari ini, dunia dikejutkan lagi dengan tiga kes kematian akibat zika di Venezuela. Walau bagaimanapun, presiden Nicolas Maduro kelmarin berkata, jumlah ini adalah kes kematian pertama yang berpunca daripada virus tersebut.

“Ada 319 kes yang disahkan sebagai jangkitan virus terbabit di negara Amerika Selatan, namun malangnya kita mencatat tiga kematian akibat zika di seluruh negara”, katanya dalam satu siaran televisyen.

 Virus zika dikenalpasti sebagai virus yang telah mula menular ganas di beberapa negara besar yang berpunca daripada gigitan nyamuk aedes. Ya, ianya dikatakan mirip dengan vektor wabak denggi ,namun apa yang lebih merisaukan dunia ialah apabila virus ini turut mengancam bayi di dalam kandungan ibu. Hal ini dikesan apabila berlakunya peningkatan mendadak jumlah bayi lahir dengan mikrosefali – kerosakan otak bayi. Virus zika menyerang bayi di dalam kandungan ibu yang terdedah jangkitan virus zika.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata , wanita hamil, terutamanya mereka yang berada dalam lingkungan trimester pertama, dinasihat agar menunda perjalanan ke Brazil dan negara-negara yang disenarai sebagai aktif wabak zika, sehingga penyebab sebenar kejadian mikrosefali yang dikaitkan dengan jangkitan virus Zika di negara itu, dikenal pasti.

 “Kementerian Kesihatan Brazil sedang menjalankan penyiasatan lanjut bagi mengenal pasti penyebab sebenar bagi kejadian mikrosefali (otak kecil) ini yang meningkat dalam kelahiran bayi termasuk kemungkinan terdapat hubung kait dengan jangkitan virus Zika,” katanya dalam satu temubual media.

Walaupun setakat ini, Malaysia masih berada dalam lingkungan negara-negara yang selamat daripada wabak ini, namun  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah mula mengeluarkan garis panduan langkah-langkah pencegahan virus Zika sebagai persediaan menghadapinya.

Wabak ini dikatakan lebih bahaya daripada wabak demam denggi kerana sehingga hari ini masih tiada vaksin untuk virus tersebut. Setakat ini rawatan yang diberi hanya berfungsi untuk mengurangkan gejala yang dihadapi pesakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva semalam berkata, percubaan klinikal skala besar untuk vaksin virus zika mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk disahkan keberkesanannya. Namun kini, terdapat dua calon vaksin yang secara jelas membuahkan hasil termasuk satu produk yang dibangunkan oleh Institut Kesihatan Nasional dan Amerika Syarikat (AS) dan satu lagi daripada syarikat bioteknologi berpusat di India.

Berikutan itu, rakyat Malaysia diseru agar terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi virus ini pada masa depan. Hal ini kerana, virus ini dijangka akan terus menular sehingga hujung tahun ini. Antaranya termasuklah, sentiasa memastikan tiada takungan air yang terdedah untuk pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan kediaman. Selain itu, rakyat dinasihatkan supaya bersedia dengan penyembur aerosol bagi membunuh serangga nyamuk selain memakai krim pelindung kulit yang dapat mencegah gigitan nyamuk. Langkah lain yang boleh mengurangkan kemungkinan jangkitan wabak ialah dengan mengurangkan aktiviti luar rumah beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh dan sentiasa memakai baju berlengan panjang sama ada di dalam rumah ataupun semasa melakukan aktiviti di luar.

 Langkah-langkah pencegahan virus zika dilihat sama seperti pencegahan ketika penularan wabak denggi, kerana kedua-duanya berpunca daripada vektor serupa- nyamuk Aedes. Malah, dikatakan simptom jangkitan virus zika juga mirip dengan simptom demam denggi iaitu demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, sakit di belakang mata, konjuktivitis dan ruam. Hal ini disahkan kelmarin apabila pihak berkuasa China melaporkan seorang lelaki disahkan menghidap zika sekembalinya dari Venezuela juga menghadapi simptom demam, sakit kepala dan juga pitam.

Namun Menteri Kesihatan Venezuela, Luisana Melo berkata,  “negaranya turut merekodkan 255 kes sindrom Guillain-Bare, iaitu gangguan saraf penyebab lumpuh malah membawa maut akibat jangkitan virus zika”.

Justeru itu, rakyat diminta supaya lebih peka dengan tahap kesihatan masing-masing dari semasa ke semasa dan dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan ke negara-negara yang disenarai hitam sebagai aktif jangkitan zika sehingga hujung tahun ini. Sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom-simptom virus zika, mereka diminta untuk segera ke klinik dan hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

bayi zika

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply