Fesyen & Gaya Hidup

Ketahui Bahaya Coca-Cola pada Tubuh Badan Anda!

Perkongsian

Coca-Cola-Wallpaper-funky-logo-coca-cola-logo-red

Bahaya Coca-cola?

Ya Coca-cola. Salah satu minuman kegemaran anda? Mesti anda hairan bukan bagaimana minuman bergas yang rasanya sedap dan menarik itu boleh menjadi bahaya pada diri anda? Mustahil bukan? Tetapi malangnya, bahaya tidak mengira sama ada mustahil ataupun tidak.

Sedarkah anda bahawa Coca-cola merupakan minuman manis yang membawa kesan buruk pada kesihatan anda? Walaupun ramai orang yang tahu tentang bahaya Coca-cola, tetapi masih ramai yang membeli. Tetapi bezanya mereka tidak beli untuk dijadikan minuman, bahkan dijadikan agen pembasuh enjin, karat dan sebagainya. Di artikel lain kami akan menunjukkan anda tentang aplikasi Coca-cola yang boleh anda gunakan di rumah beserta video.

Mahukah anda meletakkan diri anda dalam kelompak yang sayangkan nyawa dengan menjauhi Coca-cola? Mungkin anda akan katakan ‘YA’ selepas  membaca artikel ini!

1.KAFEIN

caffeine_600x350

Minuman Coca-cola mempunyai 35 hingga 47 mg kafein dalam setiap 12 oz Coca-cola! Pakar menyatakan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan simptom fizikal dan psikologi seperti sakit kepala, kurang rehat dan kegelisahan. Kesan sampingan yang anda akan perolehi ketika mengambil Coca-cola sebelum tidur adalah masalah kesukaran untuk tidur, yang mana kesan yang sama akibat mengambil teh dan kopi!

2. ASPARTAME

aspartine

Produk Coca-cola seperti Zero Coke tidak mempunyai kalori kerana tidak diletakkan sirap jagung tinggi fruktos, sebaliknya ia digantikan dengan pemanis tiruan aspartame. Syarikat Coca-Cola sendiri telah mencetak pada tin bahawa produk Zero Coke mereka mempunyai pemanis buatan aspartame iaitu phenylalaline. Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, phenylalaline ini boleh bertindak balas dengan pelbagai bahan kimia seperti ubat yang boleh menjadikan kesannya bertambah lemah atau kuat. Jika anda mengambil sebarang ubat, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda dan meminta pendapat sama ada ubat yang anda ambil bersesuaian dengan tindak balas phenylalaline.

3. SODIUM BENZOATE

SodiumBenzoateBannerPic

Sodium benzoate selalu digunakan dalam penghasilan produk makanan yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria dan juga anti-fungi seperti jam, jus buah dan yogurt buah. Ia tidak digalakkan penggunaan kepada individu yang menghidap asma ataupun individu yang sensitif pada aspirin. Sodium benzoate ini merupakan salah satu ramuan rahsia yang menjadikan Coca-cola semakin sedap. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Sheffield di Britain menunjukkan bahawa molekul ini boleh menyebabkan kerosakan pada DNA manusia. Menurut university itu lagi, sodium benzoate yang digunakan di dalam pengawet tidak menghapuskan DNA, tetapi menyahaktifkan molekul DNA. Ini menyebabkan penyakit seperti penyakit Parkinson’s.

4.  ACESULFAME POTASSIUM

coke-addict

Bahan kimia ini sebenarnya lebih 200 kali lebih manis daripada gula yang mempunyai methyl ether, di mana menganggu sistem kardiovaskular manusia ( jantung ) . Ia juga mempunyai asid asparaginik yang mempunyai kesan rangsangan pada urat saraf dan boleh menyebabkan ketagihan pada individu. Bahan kimia ini susah larut dalam badan dan tidak digalakkan pengambilannya untuk kanak-kanak dan juga wanita mengandung.

5. MASALAH DEHIDRASI

Dehydration

Coca-cola boleh menyebabkan anda untuk membuang air kecil lebih dari normal kerana kandungannya yang berkafein. Pembuangan air kecil yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi terutamanya ketika anda melakukan aktiviti lasak dan sukan berat berdasarkan U.S. Department of Health and Human Services.

6. DIABETES

26004806-Diabetes-illness-concepts-word-cloud-illustration-Word-collage-concept--Stock-Illustration

Syarikat Coca-cola melaporkan bahawa satu tin Coca-cola mengandungi 39 gram gula kecuali Coca-Cola Coke Zero. Harvard School of Public Health memberi amaran bahawa pengambilan minuman ringan yang tinggi gula secara berterusan boleh menyebabkan anda mendapat risiko diabetes jenis 2. Jabatan itu juga menekankan bahawa pengambilan satu tin minuman ringan itu meningkatkan risiko anda mendapat masalah tekanan darah sebanyak 25%.

7. OBESITI

Obesity

Bagi remaja yang ingin kekal langsing dan kurus di luar sana, elakkan pengambilan minuman Coca-cola kerana pengambilan minuman ini boleh menyebabkan badan anda menyimpan lebih banyak lemak! Satu tin Coke mengandungi 140 kalori. Pengambilan kalori berlebihan tanpa penggunaan tenaga yang banyak merupakan punca pertambahan berat badan. Kalori ini berpunca daripada penggunaan sirap jagung tinggi fruktos di dalam Coca-cola. Journal American of Clinical Nutrition mendapati bahawa sirap jagung yang tinggi kandungan fruktos tidak mempunyai metabolisme yang sama seperti gula yang lain seperti glukos, maka badan tidak akan menghantar reaksi untuk memberitahu deria supaya berhenti mengambil produk tersebut dan ini menyebabkan pengambilan kalori secara berlebihan. Obesiti juga merupakan punca penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti penyakit jantung, paru-paru dan buang pinggang. Ia juga dikenalpasti sebagai penyebab pembentukan sel-sel kanser.

8. KEGAGALAN BUAH PINGGANG

3-130QG014522B

Kemanisan gula bukanlah sebab kegagalan buah pinggang, tetapi kemanisan gula tiruan seperti bahan kimia Aspartame adalah menjadi sebab kegagalan buah pinggang anda. Pengambilan diet berasaskan minuman Coca-Cola terbukti menghasilkan kesan negatif pada buah pinggang berbanding gula biasa berdasarkan satu kajian ilmiah.

9. TAHAP METABOLISME MENURUN

boost-your-metabolism

Pengambilan segelas air suam boleh meningkatkan aktiviti metabolisma badan anda walaupun tidak mempunyai rasa yang lazat selepas seharian bekerja. Tetapi satu tin Coke yang sejuk dan menyelerakan tekak anda, tidak boleh menurukan metabolisme anda, bahkan membantu menyingkirkan enzim pembakar lemak dengan sekelip mata

10. MASALAH TULANG DAN GIGI

Tooth decay with sad face illustration
Tooth decay with sad face illustration

pH minuman Coca-cola adalah 3.2, iaitu pH yang berasid tinggi. Dengan tahap asid yang tinggi, ia boleh menyebabkan tulang dan gigi anda larut dengan cepat. Minuman itu juga boleh menyebabkan warna gigi menjadi semakin gelap.

11. MASALAH ORGAN PEMBIAKAN

FEMALE_REPRODUCTIVE_PROCESS

Satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa minuman Coca-cola disalut dengan bahan kimia bahaya yang mana boleh menyebabkan masalah pada sistem pembiakan jika diambil dengan kadar yang banyak.

Sayangi tubuh badan anda. Amalkan pengambilan air suam yang jauh lebih murah dan mampu menjamin kesihatan yang baik berbanding minuman Coca-Cola yang jauh lebih mahal dan mendatangkan pelbagai penyakit pada anda! Anda mampu mengubahnya. Kongsikan bersama yang tersayang supaya manfaatnya kita boleh rasa bersama!

Jadi adakah anda masih memilih ini?

000759049dc3c4faa9d9ba645a94778fb02e265c

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply