Semasa Viral

“Satu masa nanti, akan jadi seperti ini pada aku…” -Amin Beyond

Perkongsian

 

satu masa nanti

GEORGETOWN : Seorang lelaki yang viral  akibat tindakannya menyerang Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Uban November tahun lalu , dijumpai mati ditembak di hadapan kedai motosikal berkuasa tinggi Ducati berdekatan Gama awal pagi tadi. Mangsa yang terkenal dengan gelaran Amin Beyond atau nama sebenar Syed Amen Jainul Abidin , 46 dijumpai terkulai berlumuran darah di tempat duduk pemandu kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ironinya, Amin Beyond pernah berkongsi gambar berita pembunuhan di laman facebook miliknya pada 4 Disember lepas dengan status bahawa beliau akan turut menerima nasib serupa ; ditembak mati. Beliau mendakwa pernah diugut bunuh tetapi tidak pernah takut kerana percaya berada di pihak yang benar.

Amin Beyond dijumpai mati di tempat duduk pemandu dengan lima kesan tembakan di tubuhnya. Kira-kira jam 3.30 pagi tadi, mangsa yang memandu kereta model Mercedez Benz miliknya dilihat memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai motosikal setelah menyedari diekori oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“ Salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal dan secara tiba-tiba melepaskan lima das tembakan ke arah tempat duduk pemandu dari jarak dekat”.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Zakaria Ahmad berkata, salah seorang suspek telah melepaskan lima das tembahan ke arah mangsa. Empat das tembakan telah mengenai badan dan tangan mangsa manakala satu lagi mengenai kepala menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Hasil siasatan mendapati  terdapat satu lagi tembakan dilepaskan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas menjaga premis tempat kejadian pada waktu itu , namun tersasar dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada sekitar premis tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat”.

Motif pembunuhan masih belum dikenalpasti dan beliau tidak menolak kejadian kemungkinan berpunca daripada dendam. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati kerana membunuh.

Selain turut memiliki restoran nasi kandar , Amin Beyond juga merupakan pengusaha pusat mencuci kereta di Jelutong sehingga digelar Amin Beyond Carwash oleh para pelanggannya. Menerusi gambar yang dikongsi di laman facebook miliknya, beliau turut pernah menerima anugerah sebagai Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Terdahulu difahamkan beliau tidak berpuas hati dengan status kenderaannya yang telah dilupuskan sehingga dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sehingga kini, beliau masih menanti tarikh perbicaraan kes tersebut. Selain itu, mangsa turut terkenal sebagai  aktivis melayu yang aktif mempertahankan kampung dan gerai-gerai melayu yang dirobohkan oleh Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP).

Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply