Hiburan

Janna Nick gembira diterima peminat

Perkongsian

j1

Walaupun masih baru di dalam dunia hiburan, pelakon cantik Janna Nick cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sekaligus membuatkan peminatnya semakin bertambah. Anak muda yang baru berusia 21 tahun ini dalam masa yang sama turut bersyukur dengan penerimaan peminat di dalam dunia lakonan sekaligus membakar semangat dirinya untuk terus memberikan yang terbaik.

Bukti pelakon ini semakin mendapat perhatian ramai ialah kini tawaran berlakon bagi menghiasi slot drama semakin murah disamping tawaran lain. Bukan itu saja, jumlah pengikut yang ramai iaitu sebanyak 646 ribu buat masa kini cukup untuk menarik perhatian penerbit di luar sana.Ditanya mengenai perhubungan peribadi, Janna Nick buat masa kini tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana masih terlalu muda.

j3

Selain tidak bersedia, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner ini mempunyai pendirianya yang tersendiri dan  dan tidak mahu hubungan cinta hanya akan menjejaskan komitmen terhadap kerjaya yang baharu dibina dalam industri. Percaya atau tidak, pelakon ini tidak pernah ada kekasih sejak di bangku sekolah lagi kerana malas fikir mengenai hati orang lain.

Dalam masa yang sama, peluang yang ada di dalam industri ketika masih muda harus digunakan sebaiknya untuk focus bekerja dan membina nama ke peringkat yang lebih tinggi. Mengenai bidang nyanyian pula, Janna gembira kerana baru saja melancarkan single berjudul Mungkin Saja .

Lagu ciptaan Kunci Demak itu bakal menjadi pertaruhan pertama dirinya dan mengakui lagu tersebut adalah sebuah lagu yang ringan dan tidak menguji kemampuan vokalnya. Ini kerana, perkara paling penting ialah dia sendiri mahu menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan lagu tersebut adalah lagu pengenalan khas didalam bidang nyanyian.

Olahan semula: Izzat Ismail.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply