Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

Rahsia Kejelitaan Gadis Indonesia

Perkongsian

Nikita Willy

Jika dilihat pada kejelitaan pelakon-pelakon sinetron Indonesia, pasti anda kagum dengan keaslian raut wajah mereka. Siapa yang berani menyangkal kejelitaan Bunga Citra Lestari, Kris Dayanti, Nikita Willy,  Inneke Koesherawati dan Asmirandah? Sekadar menyebut beberapa nama, mereka ini boleh dikatakan sebagai antara pelakon wanita tercantik Indonesia. Gadis-gadis jati Indonesia sangat halus kulitnya,alis mata yang memikat, tubuh yang ramping dan mengiurkan selain memiliki rambut ikal mayang yang ‘wajar’ dicemburui. Tidak hanya tertumpu pada kejelitaan gadis-gadisnya, ibu-ibu, dan wanita yang layak digelar nenek juga tidak kurang cantiknya. Kebanyakan mereka memiliki tubuh seakan anak dara, bibir yang sentiasa memerah, rambut hitam pekat, selain kulit yang masih tegang menggoda. Apa rahsianya? Pernah dengar tentang jamu?

Jamu dikenali juga sebagai obat di Indonesia. Di Malaysia, jamu hanya disebut-sebut sebagai herba. Terdapat pelbagai jenis jamu di Indonesia yang memiliki keistimewaan dan manfaat yang tersendiri. Jamu biasanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang mudah diperoleh. Contohnya seperti, akar-akar , daun-daun, kulit daripada batang pokok dan buah-buahan. Dipercayai bahawa, terdapat lebih 150 jenis tumbuhan telah digunakan untuk pembuatan jamu. Selain daripada tumbuhan, terdapat juga jamu yang dibuat daripada organ dan bahagian tubuh haiwan. Misalnya seperti, kuning telur ayam kampung, hempedu kambing, dan hempedu ular. Jangan terkejut,  alat kelamin buaya atau disebut sebagai tangkur buaya turut dijadikan sebagai jamu masyarakat Indonesia. Difahamkan tangkur buaya ini dapat memulihkan tenaga kejantanan lelaki.

Melihat daripada bahan-bahan yang disenaraikan ini, tentunya kita memikirkan tentang rasanya bukan? Ya. Jamu lazimnya sangat pahit sehinggakan pengamal jamu sendiri terpaksa menambah madu untuk menyeimbangkan rasanya. Terdapat juga pengamal jamu yang menambah anggur dalam jamu mereka untuk mengurangi kesan rasa pahit. Istimewanya, manfaat anggur di dalam jamu bukan sekadar penambah rasa, malah dikatakan anggur juga berfungsi untuk memanaskan tubuh.

Secara umumnya, jamu tidak menimbulkan kesan sampingan dan khasiatnya telah teruji sejak berzaman. Malah kajian yang dilakukan sejak ratusan tahun membuktikan khasiat dan keberkesanan jamu.Tradisi menggunakan jamu atau herba dilestarikan dari generasi ke generasi sehingga kini. Bukan sahaja di Indonesia, rakyat Malaysia sendiri kini semakin berkesedaran dalam mengamalkan  jamu. Wanita-wanita yang berada di dalam tempoh berpantang selepas melahirkan terutamanya sering menjadikan jamu sebagai rutin harian sehingga tamat tempoh berpantang. Walaupun tidak ramai yang menghasilkannya sendiri, terdapat banyak toko-toko jamu yang menjual jamu yang siap dikapsulkan dan dipaketkan sebagai jus minuman. Selain tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan dan diperbuat sepenuhnya daripada alam semulajadi, jamu dipercayai dapat mengembalikan semula bentuk tubuh asal seperti sebelum hamil. Selain digunakan untuk tujuan kecantikan, jamu juga dipercayai dapat mengembalikan semula tenaga, dan merawat semula urat dan otot yang tercedera semasa melahirkan.

Di bawah ini, Kisah Dunia akan berkongsi resipi sejenis jamu yang dikatakan sangat popular :

Jamu Air kunyit

kunyit

Khasiat Jamu Air Kunyit ini dipercayai bagus untuk menghilangkan kegatalan dan keputihan, menghilangkan bau badan dan , merapatkan keintiman, menyembuhkan luka dan baik untuk  mereka yang mengalami alahan. Berikut ialah resepinya :

Bahan-bahannya :

-1 inci kunyit

-1inci halia

-3 helai daun sireh

-1sudu kecil habatussauda’

-1 sudu besar pes asam jawa

-1 biji manjakani bersaiz syiling duit sepuluh sen

-Madu asli.

Cara-cara penyediaan

Hiriskan halia dan kunyit. Ketuk buah manjakani sehingga pecah. Masukkan semua bahan di dalam periuk kecuali madu. Rebuskan semua bahan tadi dengan dua mug air selama 15 hingga 20 minit. Apabila ramuan telah sejuk, tapiskan rebusan untuk mendapatkan airnya. Jika mahu rasa lebih enak simpan air jamu di dalam peti sejuk. Apabila hendak diminum, tuang jamu ke dalam gelas dan campurkan dengan sesudu madu. Paling baik minumlah pada waktu pagi ketika perut masih kosong. Air jamu dapat bertahan selama dua minggu jika disimpan dalam tempat dingin.

Selamat mencuba.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply