Hiburan

Ayda Jebat gembira “Pencuri Hati” diterima ramai

Perkongsian

ayda1Nama Ayda Jebat kini semakin lama semakin mendapat perhatian peminat tempatan. Selain popular dengan bakat lakonannya tidak dapat dinafikan pelakon muda ini turut mempunyai keunikan tersendiri didalam bakat nyanyian.

Oleh itu, tidak hairanlah single pertama berjudul Siapa Diriku telah mendapat respond yang baik daripada peminat semua sekaligus meletakkan namanya sebaris dengan nama penyanyi popular. Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, penyanyi berusia 23 tahun ini semakin serius dalam bidang seni suara dan ingin melebarkan karier di Negara seberang iaitu Indonesia.

Menurut Mstar, single terbaru berjudul Pencuri Hati ini turut mempunyai daya tarikan yang tersendiri apabila mempunyai genre dangdut dan sarat dengan elemen yang bersesuian dengan muzik terkini. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut mempunyai hasrat untuk berkolaberasi untuk bekerjasama dengan komposer disana dan positif untuk mengembangkan karier nyanyian di sana.

ayda2

“Jika ada rezeki saya juga ingin berkolaborasi dengan komposer di sana,” katanya.

Single terbaru berjudul Pencuri Hati merupakan ciptaan Kevin Chin dan liriknya ditulis oleh Ayda sendiri. Ditanya adakah single tersebut telah terpilih menjadi lagu tema bagi drama terbaru berjudul Isteri Vs Tunang  kerana dirinya, penyanyi ini menolak dakwaan tersebut dan menambah ianya adalah karya berkualiti selain menepati tema dan konsep drama bersiri arahan Michael Ang itu.

Tambah Ayda Jebat lagi, “Alhamdulillah dia (Michalle Ang) menyukainya kerana bukan saya yang menyanyikan tetapi kerana lagu berkenaan berkualiti dan sesuai dengan jalan cerita Isteri Vs Tunang,” jelasnya.

Sementara itu, Ayda turut tidak kisah jika dilabelkan sebagai penyanyi lagu runut bunyi drama kerana ia bukan suatu perkara negatif. Selain merupakan medium terbaik untuk mempromosikan lagu terbaru, penyanyi ini gembira kerana lagu tersebut telah Berjaya mendapat tempat di hati peminat dan mendapat respond yang baik.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply