Inspirasi

Budu Mencantikkan!

Perkongsian

Ulam dan budu

Jika anda berasal dari Kelantan, semestinya budu tidak lagi asing di pendengaran. Boleh dikatakan setiap rumah di tanah Kelantan, wajib memiliki sebotol budu di dapur masing-masing.Dimakan bersama ulam-ulaman, budu dan Kelantan sudah terlalu sinonim sehinggakan jika berkunjung ke negeri itu, bagai tidak lengkap jika tidak mencuba keenakannya. Budu telah menjadi makanan rutin dan telah dibudayakan sejak sekian lama oleh masyarakat pantai Timur, seperti Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand, malah makanan ini telah mula popular di Lembah Klang. Apa itu budu? Budu ialah sejenis pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis. Ikan bilis akan diperam sehingga hancur sebelum dicampur gula dan garam. Namun, proses proses pembuatan budu mengambil masa yang agak lama.

Bagi seorang pengusaha budu terkenal, Mat Ismail, 57, budu telah menjadi sumber mata pencariannya sejak tahun 1978 lagi. Berbekalkan modal sebanyak rm1,500 ringgit, kini beliau boleh berbangga dengan budu jenamanya sendiri. Diberi nama Budu Ketereh, masyarakat Kelantan terutamanya pasti terliur apabila mendengar jenama ini. Tidak dinafikan, budu Ketereh ialah budu yang paling popular di Kelantan dek kerana rasanya yang sangat enak berbanding budu jenama lain. Budu Ketereh ialah jenama budu yang pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek pada 2007. Justeru itu, kini, budu Ketereh Mat dilindungi di bawah akta perlabelan oleh  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM).

pengusaha budu kelantan

Budu sebagai produk kosmetik? Jangan tidak percaya, jika dahulu budu hanya dimakan kerana keaslian rasanya yang lazat, kini terdapat lebih banyak sebab untuk kita mengamalkan pengambilan budu. Melalui pelbagai kajian dalam dan luar  negara, budu kini telah mula mendapat tempat dalam bidang kosmetik. Malah budu Ketereh Mat telah digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kecantikan.

Produk kecantikan Sirim yang diformulasi daripada ekstrak budu ini terdiri daripada pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh. Amat membanggakan, BK telah terbukti dapat mencerahkan kulit, mengurangkan bintik jerawat, dan mengurangkan masalah kulit berminyak. Hal ini diakui sendiri oleh Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, yang telah menjadikan budu sebagai makanan rutin hariannya. Jika sebelum ini, beliau menghabiskan sebahagian pendapatannya untuk mendapatkan produk kecantikan terkenal dan mahal, kini beliau boleh berbangga dengan produk BK kerana hanya dengan menggunakan produk tempatan,  wajahnya kini bagai tidak dimamah usia. Jika dilihat pada raut wajahnya, beliau kelihatan seperti berusia lingkungan 20-an, walaupun usia sebenarnya telah melangkaui 40-an.

produk BK

“Selain mampu melindungi kulit dr UVA dan UVB, budu turut mampu mencerahkan kulit dan menjadi agen antipenuaan. 50% nisbah daripada budu terbukti dapat mengekalkan wajah muda seseorang. Hal ini kerana, ektsrak marin daripada budu berupaya untuk melawan radikal bebas, dan merangsang pertambahan sel kulit mati seterusnya akan menggalakkan lagi penghasilan kolagen, malah lebih baik daripada vitamin C,” katanya ketika ditemuramah oleh wartawan Kosmo.

Mari kita telusuri beberapa lagi kelebihan budu :

  1. Menurut kajian pakar pemakanan yang telah dilakukan di beberapa negara besar yang lain iaitu New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman, budu memiliki glutathione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  2. Budu juga dikatakan dapat merangsang sel otak dan mampu mengelak bakteria seterusnya dapat menghalang kembung perut. Justeru, tidak hairanlah jika Kelantan sering muncul sebagai antara sekolah yang mencatat pencapaian terbaik dalam peperiksaan awam saban tahun.Ini rahsianya…
  3. Budu turut berpotensi dalam mencegah cirit-birit dan penurunan kolestrol dalam darah. Begitu juga penyakit jantung dan darah tinggi.
  4. Pengambilan budu sebanyak 150gram sehari juga boleh menyebabkan penurunan kolesterol ke tahap di luar jangkaan.
  5. Pengkaji university Carolina Utara, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payudara.

Kesimpulannya, budu harus dilihat sebagai satu potensi besar yang harus diperkembangkan lagi penyelidikannya. Melihat kepada khasiat dan manfaat yang mampu diperoleh daripada makanan ruji rakyat Kelantan ini, tidak hairan jika suatu hari nanti budu mampu menghasilkan produk antarabangsa yang boleh membanggakan negara. Dengan keupayaan teknologi Research and Development (R&D) yang dimiliki Malaysia, cita-cita ini sebenarnya mampu direalisasikan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply