Hiburan

Raja Ilya bangga dapat sertai Gerak Khas

Perkongsian

rajaSebut saja nama pelakon cantik Raja Ilya, sudah tentu peminat semua akan mengigati watak antagonis seperti mana biasa dilakonkan pelakon ini. Namun begitu, pelakon ini sudah mula melakukan anjakan paradigma didalam dunia lakonan apabila kini terlibat dengan drama kepolisian terkenal iaitu Gerak Khas.

Menurut Raja Ilya, dia menerima dengan tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tambahan pula dari penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam. Bukan itu saja, atas rasa hormat dan minat yang mendalam dengan badan beruniform tersebut pelakon ini berbangga dan mampu tersenyum kerana telah dapat terlibat dengan drama tersebut.

raja ilyaWalaupun ramai yang kurang bersetuju dengan penglibatannya, itu tidak mematahkan semangat Raja Ilya sekaligus menafikan bakal memberi kesan kepada popularitinya yang selalu berlakon di slot yang mempunyai rating yang tinggi.

Dalam masa yang sama, Raja Ilya turut berbangga dapat menyertai drama yang sudah diterbitkan sejak tahun 1999 dan turut menjadi sebahagian daripada drama kepolisian popular di negara ini. Untuk makluman, drama Gerak Khas bakal disiarkan pada setiap Jumaat bermula 4 Mac ini, pukul 9 malam di TV2. Antara barisan pelakon terlibat ialah Syamsul Yusof, Fattah Amin, Salina Saibi, Mas Khan, Tisha Shamsir dan Deen Maidin.

Mengenai perkembangan semasa pula, dia bakal terlibat dengan sebuah filem berjudul Soulmate arahan  Prof. Razak Mohaideen. Menariknya mengenai filem ini ialah ianya bakal melibatkan artis dari negara seberang iaitu Taufik Batisah serta pelakon cantik Erra Fazira.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply