Viral

5 Penyakit Aneh Dunia

Perkongsian

Dewasa ini, terlalu banyak penyakit yang tidak dapat diketahui puncanya. Malah, sehingga kini, terdapat banyak penyakit yang masih tidak ditemui penawarnya. Walaupun penyakit-penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang paling jarang berlaku di dunia, namun, bagi yang menghidapinya, ia merupakan dugaan yang sangat menyedihkan. Walaupun,terdapat segelintir penyakit aneh yang tidak menyebabkan kematian,  namun, tidak dapat dipastikan seberapa lama hayat psikologi mereka dalam mendepani kehidupan harian. Hal ini demikian kerana, segelintir masyarakat tidak sensitif dengan perasaan mereka malah mengaitkan penyakit-penyakit ini dengan perkara khurafat.

  1. Progeria

Progeria

Penyakit Progeria dikatakan berpunca daripada kelainan genetik yang terbentuk semasa dalam pembentukan janin lagi. Hingga kini, cuma kira-kira 100 kes dilaporkan wujud di dunia. Pengidap Progeria dikatakan umumnya hanya mampu bertahan selama 13 tahun walaupun ada yang mencapai umur 20 tahun sehingga 40 tahun. Namun , kebanyakan mereka tidak akan bertahan lama. Hal ini demikian kerana, pengidap Progeria mengalami proses penuaan sebanyak 8-10 kali lebih cepat darpada manusia normal. Penyakit ini seringkali lambat dikesan kerana, bayi yang lahir dengan Progeria saling tidak tumpah fizikalnya seperti bayi normal yang lain. Progeria hanya dapat dikesan setelah bayi menjangkau umur 12 bulan. Dengan tanda-tanda seperti gigi busuk, rambut rapuh, pembuluh darah di kepala yang jelas kelihatan, selain, kulit wajah yang berkedut seperti orang tua. Walaupun Progeria telah lama ditemui, sehingga kini dunia perubatan masih tidak juga menemui penawarnya.

  1. Hypertrichosis

supatra sasuphan

Dikenali juga sebagai Sindrom Ambras atau Manusia Serigala, penyakit ini akan menyebabkan pertumbuhan bulu yang terlalu banyak dan tidak normal di wajah dan tubuh pengidap. Difahamkan , hanya terdapat 50 kes Hypertrichosis di dunia.Seorang gadis kelahiran Thailand, Supatra Sasuphan yang telah dinobatkan sebagai manusia paling berbulu di dunia oleh Guinnes World Records merupakan salah seorang pengidap sindrom ini. Gadis kelahiran 5 Ogos 2000  ini mengalami pertumbuhan bulu yang luar biasa di hampir seluruh tubuhnya. Beliau ditumbuhi bulu menyerupai rerambut di wajah, telinga, lengan, punggung dan kaki. Rambutnya juga sedikit tebal berbanding manusia normal. Difahamkan, beliau telah melalui beberapa rawatan laser untuk menghentikan pertumbuhan bulu di tubuhnya, namun gagal.

  1. Porphyria

porpheria

Porphyria ialah penyakit yang sangat menyedihkan. Pengidap penyakit ini seringkali dikaitkan dengan drakula atau vampirism, di mana, pengidap tidak langsung boleh terkena cahaya matahari. Kesan alahan ekstrim terhadap sinaran ultraviolet ini menyebabkan kulit penderita memerah dan seperti melecur kesan terbakar. Penderita dinasihatkan untuk sentiasa terlindung daripada cahaya matahari dan jika berlaku pendedahan keterlaluan , pengidap Porphyria berisiko terkena kanser kulit.

  1. Epidermodysplasia Verruciformis

dede manusia pokok

Dikenali sebagai virus penyebab tumbuhnya ketuat sekaan-akan akar pokok di tubuh, Epidermodysplasia Verruciformis ini sangat mengerikan. Tidak punya penawar yang benar-benar menyembuhkan, penderita hanya disarankan untuk proses amputasi bahagian yang ditumbuhi ketuat ini. Malah, dunia perubatan tidak juga dapat memberi jaminan yang ketumbuhan ketuat aneh itu tidak akan tumbuh semula selepas proses amputasi dilakukan. Proses ini akan diulang-ulang sehingga virus ini benar-benar mati. Seorang nelayan dari Indonesia, dikenali sebagai ‘Dede Manusia Pokok’ merupakan salah seorang penderita penyakit ini. Difahamkan , virus Epidermodysplasia Verruciformis ini menyerang Dede sehingga membentuk ketuat yang sangat besar disebabkan oleh daya tahan Dede yang rendah. Walau bagaimanapun, Dede telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun dengan punca kematian tidak didedahkan.

  1. Leontiasis Ossea

muka singa

Dikenali sebagai penyakit muka singa, penyakit ini sangat jarang berlaku dengan statistik sebenar tidak dapat dipastikan. Penyakit ini menyebabkan pertumbuhan tulang muka dan tengkorak yang melebihi manusia normal lain. Pengidap akan memiliki kepala sedikit besar dan ditumbuhi bulu-bulu halus di muka. Pengidap Leontiasis Ossea juga akan mengalami buta kerana pertumbuhan tulang mukanya yang luar biasa menyebabkan saraf optik rosak. Kemampuan hidung, mulut dan sinus juga menjadi terhad.

Justeru, bersyukurlah dengan diri kita seadanya, kerana masih ramai manusia yang ditimpa dugaan yang tidak dapat diterima akal. Penemuan demi penemuan penyakit ini dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa, dan hal ini sangat mendesak dunia perubatan untuk menemukan penawarnya. Tidak dipastikan punca terwujudnya penyakit-penyakit aneh ini, namun percayalah tiada penyakit yang tiada penawar melainkan mati.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply