Cinta & Perhubungan

5 Punca Penceraian yang Tidak Masuk Akal !

Perkongsian

Perkahwinan ibarat satu janji sehidup semati yang telah disepakati oleh dua insan yang semestinya saling menyayangi antara satu sama lain. Di Malaysia, perkahwinan diraikan dengan sangat gilang-gemilang mengikut adat dan kemampuan masing-masing. Boleh dikatakan setiap kali musim cuti sekolah, ramai yang memilih untuk menamatkan zaman bujang. Hal yang sama berlaku pada cuti sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Berbondong-bondong kad jemputan perkahwinan diterima penulis, malah dengan teknologi kini, bakal raja sehari lebih cenderung mengundang rakan-rakan di laman sosial melalui perantara facebook, whatsapp dan sebagainya. Tentunya kita mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke anak cucu. Namun, ajal maut, jodoh dan pertemuan segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kini, terlalu banyak kes penceraian berlaku tidak kira di Malaysia mahupun luar negara. Dalam kalangan artis misalannya, jelas dilihat bahawa penceraian kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang asing, malah terdapat juga pasangan yang sudah bercerai walaupun belum cukup setahun usia perkahwinan. Hal ini tambah membimbangkan apabila , punca penceraian dilihat semakin tidak masuk akal !

  1. Bercerai kerana suami terlalu pembersih

Siapa tidak suka lelaki pembersih? Aneh bukan? Seringkali kita dengar rungutan isteri tentang sikap malas para suami. Hatta tuala mandi sekalipun tidak pernah dijemur di tempatnya, apatah lagi mencucinya sendiri. Namun hal sebaliknya berlaku, pada sepasang suami isteri warga Jerman. Dikatakan bahawa suaminya seorang yang pembersih dan sifatnya itu sangat keterlaluan. Beliau sudah bertahan selama 15 tahun usia perkahwinan, namun kesabarannya mula goyah apabila suaminya membuat keputusan untuk merobohkan dinding rumah mereka, dan membina dinding baru. Hal ini kerana, suaminya tidak betah melihat dinding rumah mereka yang kelihatan kotor baginya. Perkahwinan mereka berakhir setelah si isteri bertindak menceraikan suaminya.

  1. Tidak suka makan tengahari bersama mertua, punca bercerai

 Wanita dari Focsani ( Roma) membuat keputusan untuk menuntut penceraian daripada suaminya atas alasan beliau tidak suka makan tengahari bersama mertuanya. Hal ini berlarutan selama 10 bulan usia perkahwinan, dan wanita ini tetap tidak dapat menyesuaikan diri. Mahkamah bagaimanapun menolak penceraian ini dan meminta beliau kembali semula dengan alasan yang lebih ‘baik’. Di Malaysia, biarpun terdapat juga kedengaran rungutan-rungutan menantu yang tidak sebulu dengan mertua , kes penceraian seperti ini adalah sangat keterlaluan. Sekadar makan tengahari bersama, bukanlah sesuatu yang membebankan , malah mengambil masa kurang sejam. Harus diiingat, perkahwinan bukanlah penyatuan dua hati semata-mata, malah juga penyatuan dua keluarga.

mertua

  1. Suami diceraikan kerana melihat wajah isteri

Sangat tidak masuk akal ! Selama 30 tahun berkahwin, seorang suami di Arab Saudi tidak pernah berpeluang melihat wajah isterinya. Isterinya yang mengenakan penutup wajah, bermati-matian menuntut penceraian walaupun si suami berkali-kali memohon maaf. Kejadian berlaku apabila si suami cuba membuka cadar yang melitupi wajah isterinya ketika isterinya sedang tidur. 30 tahun bukan suatu masa yang singkat untuk menyembunyikan sesuatu yang sangat remeh. Mungkin, isterinya berasa rendah diri akan kekurangannya sehingga tidak mahu berkongsi wajahnya pada sesiapapun, hatta pada suami sendiri. Entahlah…
wanita berniqab

  1. Isteri diceraikan kerana menonton rancangan hiburan sambil menari

Di Riyadh, seorang suami bertindak melarang sama sekali isterinya menonton saluran hiburan termasuk rancangan muzik sepanjang perkahwinan mereka. Isterinya hanya dibenarkan menonton rancangan agama dan sosial yang disukai suaminya. Namun, pada suatu hari, ketika si suami keluar dari rumah, isterinya bertindak membuka saluran hiburan di televisyen sambil menari-nari. Akibat muzik yang terlalu kuat, si isteri tidak menyedari kepulangan suaminya, dan perlakuannya telah terbongkar. Si suami menceraikan isterinya serta-merta dengan alasan perlakuan isterinya melanggar arahan adalah satu kecurangan yang tidak dapat dimaafkan.

  1. Membasuh pakaian pada waktu malam, punca isteri diceraikan

Di Malaysia, seorang wanita dari Selangor telah diceraikan kerana sering membasuh pakaian pada waktu malam. Tidak diberitakan secara terperinci, penulis berpendapat, atas apapun sebabnya, hal-hal penceraian bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat mainan. Seeloknya, pasangan suami isteri duduk bersama berbincang dan mengambil sikap saling bertolak ansur dalam mengemudi hal seremeh ini. Atau mungkin, punca ini hanya dijadikan penyedap cerita sedangkan terdapat punca besar yang telah lama dipendam. Wallahualam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply