Hiburan

Penerbit tidak puas hati dengan Keith Foo ?

Perkongsian

k2Bakat lakonan Keith Foo sentiasa mendapat perhatian penerbit ataupun pengarah di luar sana. Selain dapat menjiwai watak dengan baik serta  pakej lengkap yang ada pada dirinya membuatkan peminat semua bagai terpukau dan mampu melonjakkan rating sesebuah drama.

Diantara drama yang telah Berjaya melonjakkan nama pelakon ini ialah Kasih Berbisik bersama Remy Ishak dan Tasha Shilla  serta drama Dia…Isteri Luar Biasa bergandingan dengan Shukri Yahaya dan Nur Fathia. Namun, baru-baru ini ada sumber mengatakan pelakon kacak ini terpaksa menarik diri menjadi pengacara di dalam sebuah rancangan realiti televisyen kerana tidak mampu memberikan persembahan terbaik atau dalam erti kata lain tidak sesuai untuk menjadi pengacara di dalam program tersebut.

k1Yelah, mesti ada sebab bukan Keith Foo bertindak sedemikian. Dengar kata, walaupun pelakon ini hadir lebih awal untuk seisi rehearsal bagi tujuan siaran langsung pelakon ini dilihat gugup dan tidak mampu berhadapan dengan kamera dengan baik Akibatnya terpaksalah penerbit secara spontan fikir plan B, sebelum 15 minit sebelum keudara.

Selepas perkara tersebut dikenal pasti, Keith Foo dikatakan secara baik telah mengundurkan diri kerana tidak mahu memberikan masalah kepada pihak produksi.

Tindakan ini walaupun ada orang lihat sebagai menyusahkan namun pujian harus diberikan kepada Keith Foo kerana tahu dimana dirinya berada dan tabik spring kerana melihat jauh kehadapan agar program tersebut mampu memberikan impak melalui pengacara yang lebih berkemahiran.k3

Dengarnya, Farish Aziz telah dipilih dan pemilhan tersebut adalah berdasarkan kredibiliti dirinya yang turut merupakan penyampai radio dan pengacara dahulu. Apapun, diharapkan cerita Keith Foo dibuang dari program tv adalah tidak benar sama sekali dan semoga Farish Aziz berjaya mengendalikan program itu dengan baik!


Perkongsian

Comments

comments

Tags
Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply