Hiburan

Zehra Zambri malu dengan masyarakat luar sana??

Perkongsian

12003029_10153701546648324_8980151592792269233_nWalaupun namanya tidak segah artis yang lain, namun penyanyi tradisonal Zehra Zambri turut pernah menjadi fenomena sedikit masa dahulu. Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi ini pernah mencipta nama dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu etnik, Semalakama, ciptaan Pak Ngah.

Bukan itu saja, Zehra Zambri turut aktif kini menerima tawaran nyanyian bagi majlis-majlis korporat. Selain banyak menerima tawaran daripada negeri Sabah dan Sarawak, Zehra turut bergiat aktif dengan aktiviti sosial dengan membuat kerja-kerja amal bersama rakan dan lain-lain.12552940_103614300022575_8218100166713123496_n

Dia yang baru saja menghabiskan pengajian di sebuah Universiti tempatan turut bersyukur apabila telah berjaya menghabiskan pengajian di sana .Untuk pengetahuan semua, Zehra pernah menghasilkan album pertamanya pada tahun 2005 iaitu album berjudul Zehra Zambri di bawah syarikatnya sendiri, Zehra Kreatif Productions.

Menurut sumber, satu kejadian tidak diingini telah berlaku kepada penyanyi berusia 29 tahun ini. Selain putus tunang, Zehra turut mengakui dia kini kembali solo dan malu dengan keluarga dan sahabat handai mengenai perkara tersebut. Ini kerana, mengikut perancangan dia dan bekas tunang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan tiga ini dan segala persiapan sudah pun dilakukan seperti menempah dewan dan lain-lain.

“ Saya kalau boleh tak naik aibkan mana-mana pihak mengenai kisah ini…..… biarlah semua orang tahu yang saya dengan bekas tunang tiada jodoh dan harapkan agar kedua dua buah keluarga akan mempunyai hubungan yang baik selepas ini……. Saya tidak mahu bekas tunang saya dan saya bermasam muka kerana lambat laun kami pasti akan bertemu dimana-mana majlis”

z1

Ditanya sebab putus tunang, penyanyi ini hanya tersenyum sipu dan memberitahu sudah tiada jodoh. Bukan itu saja, Zehra tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut malah menyerahkan jodohnya kepada takdir.

Sebelum ini mereka pernah bertunang selama setahun dan hubungan tersebut adalah kerana suka sama suka. Kedua dua belah pihak keluarga turut sudah tahu mengenai niat baik mereka dan hanya mengikut persetujuan mereka berdua.

Mengenai perkembangan semasa pula, Zehra kini sedang terlibat dengan program Ikon Siarawan yang akan menemui penonton pada 20 Februari 2015 ini. Ditanya adakah Zehra gemar untuk menyertai program reality, penyanyi ini menjelaskan,

“ Saya suka mencuba sesuatu perkara baru…..lagipun RTM bukanlah satu benda yang baru dengan saya………saya gemar untuk mencabar diri lebih-lebih lagi mahu gunakan apa yang saya belajar di Universiti untuk karier masa hadapan………” tambah beliau.

Dalam pada itu, penyanyi ini turut ditanya adakah dia mempunyai peluang cerah didalam program realiti tersebut kerana mempunyai nama dan dikenali ramai. Ini jawabnya,

“ Zehra tidak merasakan ianya memberikan batu loncatan kepada saya sendiri…….…ini kerana saya merupakan seorang penyanyi dan program Ikon Siarawan mencari seorang yang lain dari seorang penyanyi, namun tidak dapat dinafikan peluang yang ada sebelum ini mampu memberikan kenyakinan yang lebih tinggi untuk menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu”

11041646_10153864134498324_7113082931836569477_n

Program yang mencari bakat versatile di dalam dunia penyiaran seperti pembaca berita, wartawan lokasi, penyampai radio, pengacara tv dan lain-lain ini turut mengumpulan seramai 14 orang peserta yang berbakat dari seluruh negara .

Diharapkan Zehra Zambri akan menerima ujian ini dengan penuh tabah dan cekal. Ini kerana percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan sebagai manusia kita harus sentiasa positif dan meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Mana tahu rezeki Zehra akan lebih menonjol di dalam dunia penyiaran bukan?.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply