Viral

Dr. Vida Enggan Hadir Elak Kontroversi

Perkongsian

Berikutan penyebaran surat “Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35”, Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh, Kelantan, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty yang lebih dikenali dengan, Dr. Vida yang begitu terkenal dengan aksi bersahajanya itu telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut bagi mengelakkan kontroversi.

Katanya kepada akhbar Kosmo! hari ini, 16 Februari 2016:

“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Keputusan saya untuk tidak hadir mesyuarat PIBG itu dibuat bagi menjaga kepentingan semua pihak yang turut terjejas ekoran kontroversi yang sedang melanda.”

Kehadiran beliau ke mesyuarat tersebut bagi memenuhi undangan pihak sekolah serta berkongsi pengalaman seterusnya menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya. Tambah beliau:

“Niat asal saya hanya sekadar memenuhi permintaan sekolah untuk merasmikan mesyuarat PIBG serta memberikan ceramah motivasi bagi meningkatkan kesedaran pelajar supaya mereka lebih berjaya namun ia terpaksa dilupakan.”

Dr. Vida yang begitu sinonim dengan produk kecantikannya, Qu Puteh dan Pamoga itu turut menyatakan penghargaannya terhadap guru besar dan pihak sekolah di atas jemputan dan kepercayaan yang diberi kepada beliau sebagai sumber inspirasi kepada para pelajar.

NUTP

Menurut laporan yang dikongsi melalui akhbar Kosmo!, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata jutawan kosmestik berkenaan tidak seharusnya bertindak sedemikian. Beliau berpendapat tindakan Dr. Vida itu mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Mengulas lanjut, Hashim Adnan tidak bersetuju sekiranya sekolah dijadikan sebagai tempat untuk memperkenalkan sebarang produk kesihatan memandangkan ianya adalah tempat di mana para pelajar menimba ilmu pengetahuan.

Beliau turut memberi peringatan kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Kamil 1 tersebut agar menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya.

“Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar,” katanya kepada Kosmo!.

FB_IMG_1455540803825

Berdasarkan isi kandungan surat tersebut, Mesyuarat PIBG yang bakal diadakan pada 17 Februari 2016 (Rabu), bermula jam 8.00 pagi akan dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman. Para tetamu dan hadirin diminta mengenakan pakaian formal bertemakan warna merah jambu (pink) bersesuaian dengan jenama produk kecantikan milik Dr. Vida.

Dr. Vida yang juga terkenal dengan slogan “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih” turut menjanjikan harga yang istimewa kepada para pengunjung di hari berkenaan. Ibu bapa disarankan membawa bersama rakan-rakan, jiran dan pasangan bagi memeriahkan lagi promosi produk milik syarikat gergasi Vida Beauty iaitu Pamoga dan Qu Puteh.

vida

Sering  menjadi perhatian dengan mengenakan mahkota ke acara-acara gah, pemilik syarikat Vida Beauty ini sebelumnya telah berjaya mencipta nama dan mengembangkan perniagaannya dalam pelbagai tajaan program hiburan di beberapa stesen televisyen terkemuka tanah air. Tanpa menoleh kebelakang, beliau kini mengorak setapak lagi ke hadapan apabila membuat keputusan untuk menaja pasukan bola sepak daripada negeri kelahirannya sendiri, Kelantan iaitu The Red Warriors (TRW) pada musim ini.

Memilih untuk ke kancah bola sepak, keputusan Dr. Vida disokong penuh oleh para peminat pasukan TRW.  Meskipun pada mulanya timbul sedikit kontroversi berkenaan beberapa syarat yang ditetapkan oleh beliau namun, akhirnya pasukan bola sepak milik Kelantan di bawah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa itu  bersetuju menggunapakai dan mengharapkan penglibatan usahawan kosmetik itu dapat membantu TRW untuk merangkul beberapa kejuaraan pada musim ini.

 

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply