Bisnes Semasa

Penjelasan Tabung Haji Selepas Didakwa Rugi RM933 Juta

Perkongsian

“Kejatuhan harga komoditi dunia adalah di luar kawalan kerana ia ditentukan oleh kuasa pasaran yang sedia ada,” penjelasan Lembaga Tabung Haji yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Lembaga Tabung Haji sekaligus menyangkal dakwaan yang telah dibuat oleh Rafizi Ramli dan meminta agar para pendeposit tidak perlu bimbang akan simpanan mereka dan menjamin tiada sebarang permasalahan dalam isu berkenaan kerana saham Felda Global Ventures Holdings Bhd merupakan salah satu sektor pelaburan teras perancangan strategik jangka panjang mereka.

Mengulas lebih lanjut, pasaran harga komoditi minyak sawit dunia telah mencatat penurunan drastik dan ini menyebabkan syarikat berasaskan komoditi terjeas secara langsung dan memeberi kesan negatif kepada kaunter-kaunter sektor perladangan, (Malaysiakini, 17 Februari 2016).

Lembaga Tabung Haji semalam didakwa mengalami kerugian sebanyak RM933 juta hasil daripada pelaburannya di dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). Maklumat berikut didedahkan oleh Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR.

Menurut Rafizi, campur tangan politik dalam pentadbiran Tabung Haji menyebabkan urusniaga tersebut masih terus berjalan meskipun ianya mengalami kerugian yang teruk. Memetik pernyataan beliau menerusi Malaysiakini pada Selasa, 16 Februari 2016:

“Tindakan Tabung Haji yang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan melindungi dana pendeposit dalam keadaan sudah jelas pelaburan di dalam FGV merugikan bukanlah satu sifat profesional yang biasa ditunjukkan sebuah institusi pelaburan antarabangsa seperti Tabung Haji.

Tindakan terus memegang saham FGV sehingga menyebabkan kerugian terkumpul RM933 juta sudah tentu berkait rapat dengan kedudukan FGV sebagai inisiatif utama pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak.”

Beliau juga menyifatkan keuntungan yang diperolehi adalah terlalu sedikit iaitu sebanyak RM7.6 juta berbanding dengan jumlah pelaburan yang telah dikeluarkan sebanyak RM1.3 billion kepada syarikat perladangan itu. Pembelian saham FGV sekaligus menunjukkan kerugian yang begitu besar.

Pada satu sidang media yang telah diadakan di Sungai Besi, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyarankan supaya Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga merupakan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim yang dilantik pada 1 Julai 2013 digantikan dengan seorang yang lebih berkelayakan terutamanya di dalam hal ehwal pelaburan Islam. Ini bagi tujuan mengelakkan dan menghentikan sebarang campur tangan serta agenda politik  seterusnya bebas dari pengaruh-pengaruh yang boleh menjejaskan nama baik institusi tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply