Inspirasi Semasa Viral

Saintis Muda Buktikan Kemampuan Malaysia Setanding Dunia

Perkongsian

“Kejayaan LIGO ini boleh menang Hadiah Nobel. Gembira dapat tahu ada rakyat Malaysia terlibat. Tahniah, Hafizah!,” (Malaysiakini, 17 Februari 2016).

Begitulah di antara kata-kata pujian di atas kejayaan Hafizah Noor Isa yang dikongsi di status akaun facebook milik Prof. Dr. Shahidan Radiman, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bukan itu sahaja, nama Hafizah turut menjadi perbualan dikalangan para akademik sejurus petikan kajian saintifik yang telah dibuat oleh beliau mendapat perhatian Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin, profesor fizik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di laman facebooknya.

“Perkara-perkara kecil seperti ini menjadikan kita gembira,” kata Hishamuddin merujuk kepada petikan Malaysiakini).

Screen Shot 2016-02-18 at 3.08.31 PM

Kejayaan anak muda ini membuktikan bahawa Malaysia juga mampu melahirkan para saintis yang hebat dan terkemuka dunia. Hafizah merupakan antara sekumpulan saintis yang menjalankan kajian berhubung gelombang graviti berteraskan kepada teori yang digunapakai oleh Albert Einstein.

Penemuan bersejarah Khamis lalu itu yang diketuai oleh Laser Interferometer Observatory Gravity-Wave (LIGO) mendapat liputan utama seluruh media antarabangsa. Hafizah merupakan antara 1004 orang penulis yang terlibat secara langsung di dalam kajian tersebut.

Kertas kerja bertajuk “Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger” menjadi perbualan hangat seluruh dunia minggu lalu menyaksikan kesahihan kajian utama teori “Relativity” yang pernah dibuat Albert Einstein.

Kata Ahli Fizik Terkemuka, Stephen Hawking kepada BBC:

“Ia secara langsung mengesahkan kewujudan gelombang gravitational,” sepertimana petikan Malaysiakini.

Menurut Stephen Hawking, ia hanyalah sebahagian daripada butik penemuan ramalan teori Einstein.

Bekas penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini  kini, merupakan merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Glasgow, Scotland, UK di bawah Institute of Gravitational Research.

Menurut laman web LIGO, penuntut yang berasal dari Machang, Kelantan ini terlibat dalam projek gelombang grativiti melalui eksperimen GEO600. Kerjasama yang dijalankan oleh sepasukan saintis dari Jerman dan British melalui eksperimen GEO600, menganalisis data dari peranti ia dibina untuk mencari sinaran graviti daripada sumber fizik alam (Malaysiakini).

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply