Semasa Viral

Abu Ammar Derita Kanser Tulang Meninggal Dunia

Perkongsian

Bercham: Abu Ammar Mustakim, graduan di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh hari ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi ahli keluarganya di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Kisah Abu Ammar menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia di atas keprihatinan rakan-rakannya yang berkongsi dan melancarkan kempen khas di media sosial bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang terpaksa ditanggung untuk membiayai kos perubatan beliau.

Ammar yang merupakan anak sulung daripada enam adik beradik itu terpaksa melupakan hasratnya untuk mencari pekerjaan selepas disahkan oleh doktor menghidap penyakit kanser tulang tahap empat.

Berdasarkan laporan yang disiarkan diportal Sinar Harian, wajah Ammar kelihatan pucat dan bengkak di bahu kirinya mula pecah sebelum beliau dikejarkan ke hospital kira-kira jam 10 malam.

“Kira-kira jam 10 malam semalam, kami membawa dia menaiki ambulan dan sepanjang perjalanan, dia mengadu penat dalam keadaannya tidak bermaya,” kata Bapa Ammar, Abu Bakar Ali, 52 kepada Sinar Harian.

Tambah beliau lagi, Ammar kelihatan bertambah nazak beberapa jam selepas di masukkan ke hospital.

“Keadaan dia semakin nazak kira-kira jam 3 pagi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

Ammar, 22, disahkan kanser sejak November lalu, akan dikebumikan di Kampung Bukit Sungai Tong, Setiu, Terengganu setelah jenazah selesai dikafan dan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun Tasek.

Bapanya turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada keprihatinan semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada ahli keluarganya untuk tujuan tersebut. Katanya kepada Sinar Harian:

“Orang ramai yang prihatin dengan nasib anak kami sebelum ini diharapkan agar bantuan itu dihentikan kerana Ammar sudah tiada,” katanya.

Penyakit Ammar mula diketahui April lalu selepas beliau mengalami kecederaan ketika bermain futsal. Melalui pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalankan di Hospital Pantai Ipoh, doktor telah mengesahkan penyakit yang dihidapinya dan diarah merujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan susulan. Namun, HKL memberikan respon yang mengejutkan apabila penyakit Ammar menemui jalan buntu dan meminta mencuba alternatif yang lain.

Sepanjang beliau terlantar sakit akibat bengkakan di sebelah kiri tangannya, Ammar hanya mampu terbaring di atas katil sehinggalah beliau disahkan meninggal kira-kira jam 5 pagi.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply