Cinta & Perhubungan Hiburan

Kisah Cinta Anzalna Nasir Bersatu

Perkongsian

Selepas dunia hiburan baru sahaja menyaksikan pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lepas, kali ini giliran pelakon jelita Anzalna Nasir, 28 sah menjadi isteri kepada Hanif Zaki.

Kisah cinta yang terjalin antara Anzalna dan Hanif selama hampir 10 tahun lalu akhirnya bersatu apabila Hanif tenang melafazkan akad nikah di hadapan ayahnda Anzalna sendiri, Prof . Madya . Dr Md Nasir Ibrahim.

Selain menerima mas kahwin bernilai RM 1000, Anzalna yang terkenal dengan drama bersiri ‘Memori Cinta Suraya’ turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak Hanif.

7-gambar-majlis-pernikahan-anzalna-nasir-dan-hanif-zaki
Anzalna anggun dengan busana serba putih

Menggayakan busana anggun serba putih ilham pereka fesyen Rizalman Ibrahim , Anzalna menerima sebentuk cincin, pen berjenama Chopard, seutas jam Rolex, tablet Samsung , coklat, kek dan juga sirih junjung sebagai barang hantaran.

gambar-majlis-pernikahan-anzalna-nasir-dan-hanif-zaki-sm-1
hanif ketika melafazkan akad nikah

Suasana gembira itu turut diserikan lagi dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada saudara mara terdekat dan juga kenalan artis yang sama-sama berjuang dalam dunia seni. Fathia Latif dan Hisyam Hamid antara yang tidak ketinggalan meraikan hari penuh bahagia buat Anzalna Nasir itu.

1-gambar-majlis-pernikahan-anzalna-nasir-dan-hanif-zaki
pasangan ini telah mengenali hati budi masing masing sejak 10 tahun lepas

Mengulas mengenai lokasi berbulan madu, sebelum ini Hanif pernah menyuarakan hasrat untuk berbulan madu di Maldives ataupun Pulau Bora-Bora di Perancis. Jelas Hanif, lokasi yang dipilih adalah kerana mereka mahukan suasana ketenangan dan romantik. Tambahnya lagi, dia juga merancang untuk membawa keluarga dari kedua- dua belah pihak untuk menunaikan umrah bersama-sama.

Semoga pasangan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki selamat menjalani kehidupan berumah tangga dengan sempurna dan saling melengkapi antara satu sama lain kerana kebahagian itu terletak pada redhanya suami ke atas isteri dan redhanya isteri terhadap suaminya. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply