Inspirasi

TEKSI YANG SEBENAR DI INDIA

Perkongsian

Mumbai: Anak-anak muda kelahiran Mumbai, India telah membuka mata penduduk disekitarnya dengan membuat kelainan pada teksi di negara tersebut.

Menurut laporan yang disiarkan portal Harian Metro, hasil cetusan idea empat anak muda India telah menubuhkan satu firma seni yang diberi nama Taxi Fabric. Hiasan dalaman teksi yang berwarna-warni mula menjadi bualan bukan sahaja dari pendudukan tempatan, malah turut menjadi tarikan pelancong yang ke bandar itu.

H

Gambar 1: Pasti penggemar kopi tidak melepaskan peluang untuk menaiki teksi ini.

Empat anak muda yang terdiri daripada Sanket Avlani yang memulakan projek itu dengan tiga lagi rakannya, Nathalie Gordon, Mahak Malik dan Girish Narayandass telah berjaya mencipta 26 rekaan berbeza dan turut digunakan sebagai ‘model’ dalam muzik video kumpulan terkenal di barat iaitu Coldplay yang bertajuk Hymn for The Weekend.

Selain itu, teksi berkenaan juga dihiasi dengan pelbagai rekaan hiasan dalaman dari yang bertemakan makhluk asing sehinggalah kepada peralatan di rumah.

Pelbagai ilham turut diambil untuk dijadikan rekaan pada teksi mereka seperti rekaan ‘The good, the bad, and the beautiful’ yang diilhamkan daripada drama komedi 1990-an.

J

Gambar 2 : Terasa mahu jalan jauh dengan teksi dihias begini

Ujar Avlani yang menjadi pengarah seni, pada musim panas lalu, projek itu berjaya mengumpul dana melebihi £11,000 (RM66,130) dan kini dia merancang meluaskannya ke bandar lain di India.

“Fabrik pada tempat duduk teksi biasanya kelihatan kusam dan tidak menarik, tetapi dengan ciptaan pereka muda ini, semua itu dapat diatasi”.

“Pereka muda ini adalah orang tempatan, gaya mereka diilhamkan daripada seluruh dunia tetapi topiknya masih Mumbai,” jelasnya lagi.

Pada masa akan datang, Taxi Fabric juga merancang untuk menghias bas, kereta api dan komuter bawah tanah sebagai langkah untuk lebih kehadapan. Oleh hal yang demikian, syarikat itu juga menjemput pereka dari seluruh India untuk menyertai projek berkenaan.

G

Gambar 3 : Teksi cantik, bayaran macamana?

D

Gambar 4 : Teksi atau kereta berhias?

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply