Inspirasi

Tips Dekorasi Rumah Hipster Style

Perkongsian

Assalamualaikum. Ada beberapa tips deko rumah mampu milik dan simple but nice untuk dikongsikan. Bagaimana nak merealisasikan impian seorang wanita yang bergelar isteri untuk mendekorasi rumah mereka supaya nampak lebih cantik, nampak full furnished, nampak macam rumah orang berkeluarga dan yang penting – tagline rumahku syurgaku.

12654122_1159159407457923_7951274328099631065_n

Bagi saya, perkara pertama yang saya nak buat bila ada rumah sendiri atau rumah sewa (tetapi untuk case menyewa agak lama) – pemilihan warna cat atau tema rumah.

Antara warna-warna cat yang merobek hati saya ialah; warna putih keseluruhan atau kelabu muda, kelabu gelap dan hitam. Cukup itu sahaja elemen warna cat yang mampu meranap hati saya. Warna-warna cat sebegini nampak cool, bersih, sempoi, matang, sedap mata memandang dan elegant.

12705552_1172093802831150_6441367405266293920_n

12669593_1159159457457918_2752822168985228582_n

Saya tidak gemar memilih warna cat yang berwarna lain sebab mungkin dari segi elemen warna perabot atau hiasan berwarna-warni akan membuatkan rumah saya jadi makin serabut.

Ini antara warna cat – paling selamat. Sama juga macam kasut – better hitam, putih atau warna coklat – sesuai dipakai dengan baju atau seluar yang apa jenis warna sekalipun.

Info tambahan: Mungkin boleh juga gunakan warna-warna belacan sebab nampak lebih smooth dan romantik. Contoh, pink belacan, ungu belacan, mint, biru nak kekelabuan.

Atau pemilihan wallpaper – antara wallpaper yang akan saya jauhkan dari diri saya adalah bercorak bunga. Saya suka bunga tetapi saya tak suka corak bunga. Hehe. Antara wallpaper yang paling saya suka tengok – bercorak batu-bata atau jenis bercorak jenis berwarna kayu pallet. Wallpaper seperti ini elok ditampal pada  dapur di satu sudut dan bukan keseluruhan ruang dapur.

Kedua, susun atur perabot, susun atur hiasan, susun atur frame-frame – antara yang terpenting. Masa saya mula-mula masuk dalam rumah saya, saya mula memerhati setiap dinding dan ruang dalam rumah, lalu saya imaginekan apa yang saya patut letak kat situ, apa yang saya patut ditampal kat situ. Tutup mata dan imagine.

Biasanya – rak tv – meja sofa – karpet – sofa – dibelakang sofa – frame-frame gambar. Cara biasa dan saya rasa cukup sempurna.

Macam saya – saya suka menyimpan koleksi gambar dekorasi di dalam telefon dan laptop. Penuh dan bersepah. Dan kebanyakannya – saya ada banyak koleksi gambar susun atur frame. Saya begitu obses gila dengan frame gambar.

Dan kebanyakan frame-frame – selalunya ditampal di satu sudut dinding yang kosong (yang tiada perabot) atau di belakang sofa.

Pemilihan gambar pun antara yang paling penting – bagi saya sendiri, saya sebenarnya tidak begitu suka menampal gambar saya dan pasangan pada dinding, cukuplah saya framekan dan letakkan d atas meja.

Pemilihan gambar – kalau boleh ambil yang jenis hipster, naked atau abstrak baru rumah nampak gempak dan fresh. Gambar hipster – style kot. Kebanyakan corak dan warna mereka pun banyak menggunakan warna retro, hitam, putih, kelabu dan ada sedikit warna-warna yang menaikkan seri sesebuah dinding.

Untuk kes saya kali ini – Amer mintak saya tampalkan gambar kami di ruang meja makan. Spoil mood betul!

Contoh: kalau kat dapur, framekan gambar yang selalu geng cafe hipster tampal kat kedai mereka. Memang nice dan ohsem. Contoh: gambar garfu, sudu, cawan atau gambar kata-kata yang menceritakan tentang “Ini Sebuah Dapur” atau “Coffee Make Everything Possible” dan bla-bla-bla.

12717212_1172093992831131_8026627378232141722_n

12670423_1159159704124560_5059760234485768363_n

12715680_1171774716196392_641327602268219471_n

Ketiga adalah barang keperluan – televisyen, sofa, meja makan, rak tv, karpet dan apa saja yang korang rasa perlu ada dan mampu untuk dibeli.

Keempat, pemilihan warna perabot. Cari warna-warna yang selamat dan tidak cacamarba. Biasanya perabot – warna hitam, putih atau berwarna kayu pallet.

Kelima, barang hiasan : Lampu gantung (banyakkan bermain dengan lampu – sama ada lampu gantung atau lampu sisi) cermin-cermin – ditampal pada dinding untuk nampak ruang rumah lebih luas, shelf, rak, frame gambar, pasu, kaktus, rumput hiasan dan bunga, bantal-bantal kecil pada sofa dan banyak lagi. Kalau untuk tema hipster – banyakkan bermain hiasan jenis kaca – samada botol kaca, balang kaca sebagai hiasan.

12631289_1159159814124549_3590447203365750409_n

12705588_1170724516301412_1387544204597052037_n

12745705_1171774699529727_8500775637638465507_n

Keenam – corak-corak hiasan atau fabrik yang bakal menghiasi rumah korang. Contoh karpet, langsir, sarung bantal, kain lap tangan, apron, placemat, kain lap kaki (haha). Macam aku yang kata tadi – saya tak sukakan corak bunga, saya lebih mengemari corak yang bercorak abstrak, belang-belang hitam putih, polkadot dan nampak fresh.

Ini antara yang saya boleh kongsikan untuk beberapa tips bagi dekorasi ruang tamu mengikut jiwa saya sendiri. Saya tahu kat luar sana ada yang sukakan tema – english style, polkadot, pink, mewah, barang hiasan berbentuk donut, suka susunan pinggan mangkuk dan banyak lagi. Setiap orang ada selera dan minat masing-masing.

Menurut sumber lain – Khair Irwan yang telah memberi pandangan beliau.

Sebenarnya, etika penataan gaya dècor rumah lahir dari hati pemilik itu sendiri berdasarkan pembacaan dan keinginan untuk melihat sesuatu yang cantik, kemas dan tersusun.

Pemilihan, penggayaan dan susun atur ruang kediaman menunjukkan sikap dan ‘attitude’ penghuninya. Misalnya, gaya ‘hipsters’, pemilik yang berjiwa ‘hipsters’ mampu menata rias rumah sesuai dengan naluri dan apa yang ada di jiwa.

Pendek kata, menghias kediaman merupakan hasil eskpresi dalaman pemilik rumah tersebut. Sebab itu, kita boleh menilai sikap sebenar tuan rumah berdasarkan etika dan gaya rumah mereka.

Jangan kata tuan rumah seorang yang menitikberatkan aspek kebersihan sekiranya kasut dan selipar berselerakan di luar rumah.

Saya gemar ruang yang ringkas dengan mengetengahkan tema ’empire classic’, hitam-putih, dan sedikit kehijauan (pokok hiasan).

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply