Cinta & Perhubungan Semasa

Elak Jerat Awang Hitam

Perkongsian

Sejak penggunaan internet secare meluas di seluruh dunia, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menganiayai orang lain melalui jenayah yang dikenali jenayah siber. SCAMMER bukan lagi perkataan baru dalam masyarakat kita. malah jenayah ‘Scam’ di internet ini dilaporkan antara yang tertinggi di negara ini.

Jenayah scam ni boleh dikatakan sedang melular dan merebak dalam kalangan rakyat Malaysia dan dikatakan kerugian setakat ini mencecah puluhan juta ringgit.

scams-target-you

Geng- geng Awang Hitam ( Nigeria dan Afrika) ini begitu licik menjalankan aktiviti ‘scamming’ mereka sehinggakan pihak polis pun susah nak mengesan dan mengambil tindakan.

Baik!! Untuk mengelakkan kita dan keluarga tersayang juga terjerat dengan kata-kata manis Awang Hitam ni, jom kita tengok macam mana mereka buat kerja.

scam3

Modus Operandi:

  1.  Geng -geng Awang Hitam ni akan gunakan identiti palsu
  2.  Mereka akan gunakan ‘social media’ untuk menjerat mangsa ( Facebook, whatsaap, etc)
  3.  Akan mengungkapkan kata kata cinta, kononya jatuh hati dengan kita( kebanyakan kes)
  4.  Mereka seterusnya akan meminta kita masukkan duit
  5.  Yang peting mereka gunakan nombor akaun tempatan untuk elak dikesan
  6.  Setelah dapat duit, mereka akan menghilangkan diri

scam1

Mangsa yang ditarget:

  1. Paling banyak dilapor adalah dalam linkungan umur 30-50
  2. wanita single
  3. lelaki single
  4. lelaki lanjut usia
  5. perempuan lanjut usia ( lepas boleh keluar KWSP)

Cara Awang Hitam laksanakan sindiket:

  1.  Mereka akan ada buku skrip khas yang akan digunakan ketika hubungi mangsa( semua perbualan seakan sama)
  2.  Akan puji kecantikan mangsa sampai mangsa percaya
  3.  Selepas mangsa seakan percaya, Awang Hitam akan mula meninta pertolongan wang untuk mengatasi masalah yang dihadapi( nak buat visa, barang ditahan di airport, etc)
  4.  Berjanji akan kahwini mangsa apabila masalah telah selesai ( kebanyakan kes)
Screenshot_2013-06-22-07-06-14
Antara ayat yang digunakan Scammers untuk membeli barang.

Nasihat kepada anak- anak yang masih mempunyai mak dan bapa, hendaklah sentiasa memerhati tingkah laku mereka kerana kebanyakan mangsa yang terjerat ini tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai media sosial.

Sebagaimana kasihnya ibu- bapa terhadap kita ketika kita kecil dulu, awasilah mereka supaya tidak menjadi mangsa Awang Hitam.

Semoga kita lebih peka dengan jenayah ini.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply