Inspirasi Semasa

Faiz Subri Sah Menang Anugerah PUSKAS?

Perkongsian

Gol jaringan Faiz Subri, pemain tengah Pulau Pinang ketika menwaskan Pahang dalam saingan Liga Super pada 16 Febuari lalu masih lagi segar dalam ingatan peminat sukan bola sepak tanah air. Rata-rata penggemar bola sepak mengelarkan gol tersebut sebagai gol ajaib dan terbaik pernah disaksikan di negara ini.

faiz subri 1
kronologi gol Faiz Subri

Tidak habis lagi dengan demam ‘gol Faiz Subri’ ,Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin jaringan yang menakjubkan itu layak tersenarai 10 gol tercantik dunia untuk merebut anugerah Puskas 2016.

Menurut Setiusaha Agung FAM, pihaknya sudah menghantar surat ke bahagian induk FIFA bersama salinan video jaringan Faiz sebagai tanda sokongan selain memastikan FIFA memberi perhatian terhadap jaringan tersebut.

c413
antara liputan antarabangsa

Walaupun FAM sedar dan tahu anugerah Puskas ini dipilih sendiri oleh jawatankuasa terpilih FIFA, namun FAM yakin gol Faiz dapat berada setaraf dengan penerima-penerima anugerah tersebut sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo(2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012),Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

faiz3
kajian perbandingan gol yang dilakukan Faiz dan Roberto Carlos

FAM juga turut mengulas gol sepakan daripada situasi bola mati itu hampir menyerupai gol jaringan lagenda Brazil, Roberto Carlos ketika bertemu pasukan Perancis pada tahun 1997.

Namun, kajian yang dibuat akhbar tempatan Kosmo! menunjukkan peminat lebih memilih gol yang dijaringkan Faiz Subri berbanding Roberto Carlos. Liputan meluas di seluruh dunia juga seakan akan mengesahkan gol tersebut sangat layak diangkat sebagai gol terbaik tahun ini.

faiz4

FAM menegaskan, sekiranya gol tersebut tercalon dalam 10 gol terbaik bagi anugerahitu, ia meerupakan sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan dan mungkin Faiz Subri menjadi pemain pertama dari Asia yang akan memenangi anugerah berprestij itu.

Jadi lepas ni adik-adik yang main bola dekat sekolah tu, bolehlah jadikan Abang Faiz sebagai idola kalau cikgu tanya!!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply