Semasa Viral

Penjara Tiga Hari, Denda RM1500 Tumbuk Bekas Isteri

Perkongsian

Mahkamah1

Kuala Lumpur : Seorang lelaki berusia 30-an dikenakan hukuman penjara selama tiga hari dan bayaran denda sebanyak RM1,500 apabila dia menumbuk bahagian mata kanan bekas isterinya di Mahkamah Majistret hari ini. Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Mohd Rehan Mohd Aris ke atas tertuduh Ahmad Faizal Azman, 30 tahun selepas dia mengaku mencederakan bekas isterinya, Ku Norzainun Imam Asmawi, 30 tahun dengan menumbuk mata kanan wanita tersebut sebanyak 2 kali.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan letak kereta di hadapan lif 2-02 Apartment Sentul, Jalan 148B Sentul Pasar pukul 9.40 malam pada 20 Februari yang lalu.

Ketika itu mangsa dikatakan pergi bertemu bekas suaminya untuk mengambil anak perempuan mereka yang keluar bersama tertuduh sejak dari pagi. Keadaan menjadi gamit apabila mangsa bertanya anaknya adakah dia dipukul ketika keluar bersama tertuduh, namun anaknya menyatakan tidak. Tertuduh yang berasa marah dengan soalan mangsa kepada anak perempuan mereka mengambil langkah menumbuk mata kanan mangsa sebanyak dua kali sehingga lebam.

Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Farith Muhammad Faizal telah memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh kerana perbuatan tertuduh dianggap satu keganasan terhadap seorang wanita. Lebih-lebih lagi perbuatan yang tidak bermoral itu dilakukan di hadapan  anak perempuan mereka.

Pendakwaan itu telah dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perbuatan tertuduh dianggap mencederakan mangsa dengan niat. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimun setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Jika tertuduh gagal membayar denda yang telah ditetapkan, maka mahkamah memerintahkan Ahmad Faizal Azman untuk menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 21 Februari 2016 yang lalu dan dipenjarakan selama tiga bulan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply