Inspirasi Semasa

Racun Israel Pendidikan Palestin

Perkongsian

Setelah tanah mulai luas ditarah, kini dalam pendidikan Israel ingin menjajah. Kewujudan sekolah-sekolah Palestin semakin sukar dibina di semenanjung Gaza. Ada sebilangannya telah musnah dan dalam bilangan yang masih ada ingin diacunya mengikut acuan Israel terutamanya sekolah dibawah janaan kewangan Israel di tanah Palestin.  Namun, penjajahan ini tersekat akibat protes ibu bapa dan rakyat Palestin semenjak 1967 lagi.  Ibu bapa Palestin lebih rela menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang beralas pasir asalkan jauh dari dakyah Israel.

 pendidikan

Israel tahun ini mulai aktif semula melancarkan serangan minda dengan menyediakan sistem pendidikan berkemudahan. Pendidikan tersebut terselit tujuan menghilangkan semangat patriotik dalam jiwa generasi muda Palestin. Seterusnya, menghalalkan gerakan haramnya di Tebing barat dan Semenanjung Gaza. Ini dinyatakan Sabri Saidam, Menteri Pendidikan Palestin kepada Al-Jazeera pada 18 Februari lalu.

“Serangan terhadap kurikulum ini merupakan serangan Israel terhadap Identiti rakyat Palestin. Israel melaksanakan penyatuan gerakan haramnya.” Sabri Saidam

Hal ini tidak pernah terselit untuk Israel malah diakui sendiri  Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett ketika mengulas perkara tersebut kepada Al-Jazeera. Beliau melaksanakan polisi secara terang untuk  proses peng’israel’an terhadap para pelajar yang mengikuti pengajian dalam sekolah di bawah jagaannya. Isu ini timbul setelah sekolah-sekolah tajaan Israel antara lain menghilangkan  kefahaman bahawa Masjid Al-Aqsa adalah Masjid suci umat Islam dalam sukatan pelajaran mereka.

“Saya mengamalkan polisi yang jelas. Melaksanakan pendidikan peng’israel’an .”Naftali Bennett

Ringkasnya, Israel hanya mampu menguasai sukataan pelajaran sekolah yang di bawah tajaan atau pun jagaannya. Pembinaan semula Palestin wajar menitik-beratkan kewujudan sekolah-sekolah baru bagi mengimbal semula sistem pendidikannya.

Usahasama Luar Rakyat Malaysia

pembangunangaza

Antara aktivis sosial yang aktif menyumbang dana dalam pembangunan semula Palestin ialah Aman Palestin Berhad yang merupakan gerakan daripada Negara Malaysia. Terbaru pembinaan Sekolah Quran Malaysia di Gaza ditaja oleh Aman Palestin Berhad berjumlah $900,000. Jumlah tersebut merangkumi 12 bilik darjah, surau, makmal sains, kantin, bilik guru, bangunan pentadbiran, bilik mesyuarat, klinik-mini, gelanggang dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Kini, kemudahan 12 bilik darjah sebenarnya lebih daripada kemudahan asas sekolah-sekolah lain di Palestin.

Pada 11 Februari lalu, projek terbabit telah diserahkan untuk langkah memulakan proses pembinaan bangunan sekolah dan  dijangka memakan masa 9 bulan untuk disiapkan. Apa yang pasti projek tersebut bakal memberikan dokongan kepada sistem pendidikan Palestin sedia-ada untuk menyediakan landskap bagi mencorak anak-anak Palestin pada masa hadapan. Sokongan daripada masyarakat dunia merupakan pengubah masa depan Negara Palestin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply