Fesyen & Gaya Hidup Semasa Viral

Raver VS Hipster..Apa bezanya?

Perkongsian

Baru -baru ini kecoh dekat laman sosial sehinggakan menjadi viral kononnya ada sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka ‘Budak Raver’ nak bergaduh dengan kumpulan ‘ Budak Hipster’ dekat KLCC. Masalahnya, siapa pula ‘ Budak Raver’ ni. Kalau geng -geng Hipster memang kita selalu dengar tentang mereka. Selalu makan di restoran mahal, pergi tempat mahal -mahal, selalu nak kelihatan menarik. Habis tu, macam mana pula pembawakan geng Raver ni? Beza sangat kah dengan kumpulan Hipster sehinggakan mahu beradu tenaga?

raver3
“hapuskan geng hipster”

Sebelum kita cari punca pergaduhan mereka, mari kita tengok dulu apa sebenarnya beza antara dua kumpulan ni:

Raver VS Hipster

Raver:

  • Geng geng yang mula membawa ideologi Raver di Malaysia pada mulanya terkenal dengan sejenis tarian raver atau dikenali dengan ‘tarian sotong’.
  • Perkataan Raver itu sendiri pertama kali digunapakai di Chichago, US yang membawa maksud Radical Audio Visual Experience pada sekitar tahun 1980.
  • Maksudnya Raver ni dah lama wujud tapi budak-budak di Malaysia yang baru jakun nak ikut budaya barat
  • Raver ni dikategorikan sebagai pesta liar dekat US dan selalu dihadiri oleh orang-orang kaya dan juga orang kelas atasan.
  • Pesta Raver akan dilakukan sepanjang malam dan pada awalnya dilakukan secara tersembunyi kerana memiliki unsur seks dan kriminal.
  • Pesta Raver juga boleh berlangsung selama 10 jam. Cukup lama!!
  • Raver juga sekarang tengah merebak ke seluruh dunia sebab berkembangnya industri muzik,RAVE.

otakon_raver_pt_2_by_darkgyraen-d42ekm9

Hipster:

  • Sejak kebelakangan ini, Hipster memang dah jadi trend di seluruh dunia, jadi tidak hairan hipster mempunyai ramai pengikut dan juga pembenci(Haters).
  • Hipster ini dalam bahasa mudah menggambarkan seorang anak muda yang berada di kelas pertengahan ekonomi tetapi menjalani hidup seperti orang berada atau orang kaya.
  • Mereka dikatakan ‘anti main-stream’. Apa yang majoriti buat, adalah sesuatu yang mereka takkan buat.
  • Geng-geng Hipster tidak ketinggalan dalam dunia muzik , filem, fesyen dan cara berkawan. Ini yang dikatakan lagak lebih dari pendapatan.
  • Hipster juga akan tampil unik dalam fesyen. Kalauboleh nak lain dari yang lain.
  • Sekiranya sudah ramai yang meniru gaya mereka, mereka akan mencari gaya lain untuk tetap kelihatan unik atau ‘rare’.
  • Selalunya , perempuan hipster akan memakai tight manakali lelaki tidak akan menyikat rambut mereka.
  • Filem yang mereka tonton juga takkan sama dengan apa yang ‘mainstream people’ tengah layan.
hioster1
antara gaya seorang hipster

Setelah kita tengok beza antara kedua dua budaya ataupun pembawakan ini, sebenarnya kedua dua Hipster mahupun Raver berasal dari negara barat yang sepatutnya kita tidak ikut seratus peratus. Negatifnya lebih banyak berbanding positif.

hipster3
Wak Doyok selalu tampil unik turut digelar Hipster

Ibu-bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal anak-anak daripada terjebak dalam altiviti yang tidak bermanfaat seperti mengikut budaya Raver mahupun Hipster.

Pesanan kepada adik-adik yang masih bersekolah tu, lupakanlah niat bergaduh tu, pergi balik rumah, baca buku lagi elok. Ingat SPM dah dekat!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply