Cinta & Perhubungan Semasa Viral

Tidak Ke Sekolah Demi Ibu

Perkongsian

image

Tanah Merah – Mohd Azrul Aswad Abdul Rahman pelajar Sekolah Tahfiz Serendah, Pasir Mas, Kelantan terpaksa berdepan dengan saat sukar apabila ibu angkatnya, Rohani Mahmood, 48, di masukkan ke Hospital Tanah Merah sejak 12 Februari.

Ibu angkatnya disahkan menghidapi penyakit diabetes kronik sebelum itu pernah dimasukkan ke hospital sama pada Januari lalu. Pelajar yang  baru berusia 13 tahun ini terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu angkatnya sejak dua bulan lalu. Bukan itu sahaja, Mohd Azrul kini menghabiskan masanya di hospital dan terpaksa ponteng ke sekolah.

Mengakui berat bebanan dipikul, remaja ini akur demi menjaga insan tersayang yang telah menjaganya sejak dari kecil setelah pemergian kedua-dua ibu bapanya.

“Umi (Panggilan untuk ibu) jaga saya sejak kecil lagi, jadi saya ingin menjaganya pula dan sentiasa berada di sisinya semasa sakit dan dirawat di hospital kerana saya satu-satunya anak yang Umi ada,” lapor Sinar Harian.

Demi kasih sayang kepada insan yang membesarkannya, Mohd Azrul sentiasa akan memastikan Rohani dimandikan, dibersihkan dan menyuapkan makanan setiap hari. Memetik laporan Sinar:

“Dalam keadaan Umi tak mampu bergerak, saya tak boleh tinggalkan dia seorang diri. Umi ramai adik-beradik tapi mereka pun uzur dan tak mampu nk jaga dia.”

Penyakit kronik yang dihidapi Rohani itu menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja dan hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan mereka sejak setahun yang lalu.

“Kami berdua harapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM120 untuk sara hidup yang diterima Umi setiap bulan. Sebelum ini, Umi Kerja di kantin tetapi terpaksa berhenti kerja sejak setahun lalu sebab sakit,” Katanya kepada Sinar.

Rohani juga telah kehilangan suami sejak enam tahun lalu manakala Mohd Azrul tidak mempunyai ahli keluarga yang lain melainkan keluarga disebelah ibu angkatnya sahaja.

“Ibu saudara sebelah adik-beradik Umi ada juga bantu hulurkan duit belanja sekadar mampu sebab mereka pun bukan orang senang. Sepanjang jaga Umi, hospital juga bantu beri makanan dan minuman percuma,” katanya kepada pemberita.

Bertambah sedih apabila rumah mereka diami di Dabong, Kuala Krai telah dihanyutkan air ketika banjir besar berlaku di Kelantan pada 2014 lalu dan mengakibatkan mereka terpaksa berpindah ke Kampung Galok, Pasir Mas.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh berbuat demikian kepada Rohani Mahmood melalui akaun Bank Islam beliau (No. akaun: 03054020349067).

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply