Bisnes Semasa Viral

Doraemon jual Nasi Arab?

Perkongsian

Cb31DNiVAAAFnQ5

Kota Bharu : Selepas media sosial viral tentang seorang anak muda yang berpakaian Spiderman menjual nasi lemak untuk ibunya di traffic light Kelantan, kini media sosial dikejutkan lagi dengan seorang wanita yang berpakaian kostum Doraemon menjual nasi arab pula. Gelagat wanita berkenaan yang memakai kostum Doraemon berjaya mencuri perhatian orang ramai yang melalui jalan berdekatan kawasan Kubang Kerian tersebut.

Orang ramai yang melalui jalan tersebut mengambil kesempatan bergambar dengan Doraemon ini disebabkan tingkah lakunya yang menarik. ‘Doraemon’ ini dikatakan menjual nasi arab sambil menghiburkan pelanggan dengan menari dan juga menyanyi. Pekerja yang dikenali dengan nama Zamzurina Zulkifli yang berusia 31 tahun ini berkata bahawa beliau ikhlas melakukan perkerjaan ini secara sukarela dan sedia untuk menjiwai watak kartun Doraemon demi untuk melariskan hasil jualan restoran tempat dia mencari rezeki iaitu Restoran Al Edrus. Restoran Al Edrus  merupakan sebuah restoran yang mula dibuka sejak bulan Jun yang lalu di bawah cawangan Kota Bharu. Restoran ini juga mempunyai banyak cawangan seperti cawangan Terengganu dan juga cawangan Wangsa Maju.

Selain niatnya yang ingin membantu majikannya, beliau juga menegaskan bahawa watak kartun Doraemon merupakan watak kartun kegemarannya dan dia tidak kisah sekiranya orang ramai mengutuknya melakukan perkara tersebut. “Saya sendiri seorang yang ceria selain suka buat lawak dan menyanyi. Saya tidak kisah dengan segala kutukan yang mengatakan saya gemuk dengan kostum ini atau apa saja, apa yang penting saya mencari rezeki yang halal’, tambahnya lagi.

Orang ramai yang ingin berjumpa dengan kartun Doraemon ini sambil menikmati nasi arab dan bergambar bolehlah pergi ke alamat Jalan Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan atau bolehlah menghubungi restoran berkenaan di talian 09-764 6686.

Berikut merupakan beberapa keping gambar gelagat beliau menjual nasi arab yang dikongsikan oleh orang ramai.

Cb31CF0UsAEu7jF

Cb31EBcVIAA7AR4

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply