Hiburan Inspirasi Semasa Viral

Ikan Paus Muncul Daripada Lantai Gelanggang Bola Keranjang Sekolah

Perkongsian

Teknologi yang semakin canggih pada masa kini menjanjikan satu kebarangkalian bahawa tidak mustahil untuk seekor ikan paus muncul daripada lantai gelanggang bola keranjang di sebuah sekolah! Situasi ini terjadi apabila pelajar sekolah tersebut dikejutkan dengan kemunculan seekor ikan paus daripada lantai gelanggang bola keranjang sekolah mereka ketika pertunjukan 7D Hologram dijalankan.

Visual  seekor ikan paus beserta kocakan air laut yang kelihatan realiti itu membuatkan pelajar-pelajar tersebut berasa kagum dan bersorak dengan kejadian yang berlaku di depan mata mereka. Pertunjukan visual itu telah dilakukan oleh pakar teknologi Magic Leap yang merupakan salah satu strategi pemasaran untuk teknologi hologram 7D yang bakal mereka perkenalkan nanti. Magic Leap merupakan salah satu syarikat US yang dibangunkan oleh Rony Abovitz pada tahun 2011. Dengan menggunakan citra 3D, gambar yang dijalankan dengan teknologi  ‘retina display’ dapat menghasilkan objek kelihatan nyata dan seolah-olah wujud pada keadaan sebenar.

Usaha mereka adalah untuk mengembangkan lagi teknologi 7D hologram yang diyakini mampu untuk ‘dunia luar’ berinteraksi secara langsung dengan manusia. Bukan itu sahaja, syarikat itu juga menekankan untuk memberikan harapan kepada hidupan liar yang dikurung di Zoo dan Aquaria yang digunakan untuk industri pelancongan supaya dibebaskan. Syarikat Magic Leap berharap dengan adanya hologram 7D yang mampu memberikan efek realiti kepada penonton untuk melihat haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat tanpa menggangu habitat mereka ini merupakan salah satu langkah pemuliharaan yang boleh mereka lakukan. Menurut mereka lagi, cara yang menarik untuk melihat dan menikmati hidupan liar adalah dengan melihat hologram 7D yang menunjukkan efek real tanpa membahayakan manusia dan haiwan itu sendiri.

Jom lihat video hologram seekor ikan paus muncul daripada lantai gelanggang bola keranjang sebuah sekolah.

https://www.youtube.com/watch?v=REoI1QC7Uy0

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply