Semasa Sukan Viral

Kenyataan Bojan Hodak Buat K Devan Panas Punggung

Perkongsian

Kuala Lumpur : Selepas lama tidak memegang jawatan jurulatih kelab bola, kini jurulatih bola sepak terkenal Malaysia, Bojan Hodak  telah bersedia untuk membimbing mana-mana kelab bola dalam Liga Malaysia.

Bojan Hodak, belas jurulatih PQPTRW

Seperti yang dilaporkan laman portal Berita Harian, Bojan Hodak telah mengeluarkan kenyataan yang mungkin akan membuatkan beberapa jurulatih Liga M berasa panas punggung. Tambahan pula mereka sendiri mengalami masalah dengan skuad masing-masing.

Pastinya kenyataan beliau membuatkan jurulatih Kelantan sekarang, K Devan paling panas punggung apabila Bojan Hodak yang juga bekas jurulatih skuad tersebut tidak menolak sekiranya beliau diberi peluang untuk membimbing skuad tersebut sekali lagi.

K Devan, jurulatih PQPTRW

Khabar angin juga menyatakan, posisi K Devan akan digantikan sekiranya jurulatih skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang dahulunya digelar sebagai The Red Warriors itu gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan. Namun nasib menyebelahi buat K Devan apabila Bojan Hodak mengesahkan bahawa dirinya belum menerima tawaran dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain daripada itu, tindakan penaja utama PQPTRW yang dikenali ramai iaitu Datuk Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida yang memuat naik status dan gambar Bojan Hodak dilaman Facebooknya telah mencetuskan tanda tanya pada peminat pasukan bola sepak di Malaysia. Adakah jurulatih berasal dari Croatia itu bakal dilantik untuk membimbing skuad Kelantan.

Sementara itu pula, skuad Kelantan yang juga anak didik K Devan masih belum menemui rentak permainan mereka apabila hanya mampu menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan yang telah bermula. Malah, skuad tersebut juga hampir diaibkan oleh pasukan pelajar universiti iaitu UKM FC, Sabtu lalu dalam pusingan kedua Piala FA.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply