Semasa

Najib Goyah Menjadi Kebimbangan UMNO

Perkongsian

KUALA LUMPUR 22 FEBRUARY 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap ketika merasmikan Landasan Dasar Sains Antara Kerajaan Mengenai Perkhidmatan Biodiversiti dan Ekosistem Pertubuhan Bangsa Bersatu (IPBES) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. NSTP/ABDULLAH YUSOF

AYER KEROH: Datuk Seri Idris Haron hari ini menyatakan kebimbangan beliau terhadap hala tuju parti UMNO sekiranya pucuk pimpinan serta ahlinya terus-menerus mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Datuk Seri Idris Haron mengulas isu berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, semalam, berhubung teguran beliau terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Idris, selaku Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin seharusnya bekerjasama dalam mengukuhkan dan memikirkan kepentingan serta masa depan parti dan negara.

Katanya lagi, sebagai orang kedua terpenting dalam parti, Muhyiddin bersama-sama Presiden UMNO memainkan peranan penting dalam memastikan nasib serta kegusaran ahli parti terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO segera ditangani.

Namun, tindakan Timbalan Presiden parti itu berbeza sepertimana yang diharapkan oleh ahli ketika pertemuan Perhimpunan Agung UMNO lalu. Muhyiddin kelihatan terus lantang menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib Razak yang mana menyebabkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyarankan supaya beliau melepaskan jawatannya sekiranya beliau enggan berhenti mengkritik Presiden parti tersebut.

“Dengan semangat yang tinggi pada perhimpunan agung lalu, ahli mengharapkan kejernihan berlaku di peringkat pucuk pimpinan parti namun, ia tidak menampakkan hasil.

Tan Sri Muhyiddin sepatutnya menggunakan platform parti untuk bersuara dan bukannya di luar parti,” lapor akhbar Berita Harian ketika menemui Idris sempena Siri Jelajah Beca 1Malaysia 2016, Seri Bendahara, Melaka.

Sebelumnya Nazri yang ditemui di Sabak Bernam, Isnin, mendesak Muhyiddin untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO di atas kegagalan beliau dalam melaksananakan tanggungjawabnya kepada parti dan presiden. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga menyarankan Muhyiddin berundur sekiranya beliau tidak lagi bersetuju dengan Najib Razak.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply