Semasa Sukan

Ola Bola Bikin Malu Negara! Didakwa Ubah Fakta Sebenar..

Perkongsian

Sepanjang tempoh tayangan 18 hari filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan di pawagam seluruh Malaysia, naskhah pengarah berbangsa Cina itu sudah meraih hampir RM 12 juta keuntungan. Filem yang dijangka bakal menjadi filem terhebat tahun ini itu bagaimanapun tercemar apabila dikatakan sengaja mengubah suai fakta sesuka hati dari sejarah sebenar hanya atas faktor keuntungan.

ola bola1
Promo Ola Bola

Lebih parah, filem tersebut juga bakal dikenakan tindakan undang-undang sekiranya disahkan bersalah setelah seorang tonggak utama negara, Khalid Ali yang bersama-sama berjuang dalam pasukan negara pada ketika itu tampil lantang menyuarakkan ketidakpuasan hati setelah melihat fakta dalam filem tersebut diubahsuai hanya atas tujuan komersial.

olabola5
Khalid Ali ketika mewakili pasukan negara

Khalid yang menjadi tulang belakang ketika pasukan negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow di Russia buat kali pertama pada ketika itu menyifatkan tindakan pengarah filem tersebut tidak mempunyai tanggungjawab dan seakan akan tidak menghargai penat lelah pasukan kebangsaan yang berjuang mengalahkan Korea Selatan 36 tahun lalu.

olabola6
Khalid(dalam bulatan) antara nadi kecermelangan pasukan negara pada tahun 1980

Selain mengubah beberapa adegan dalam filem tersebut, Khalid juga berasa terkilan kerana langsung tidak menerima apa-apa bayaran daripada keuntungan filem tersebut biarpun filem Ola Bola jelas memamaparkan kisah hidup mereka sepasukan.

Mengulas mengenai bahagian fakta yang diubah, Khalid berkata jaringan kemenangan yang dijaringkan dalam perlawanan tersebut bukanlah dia seperti yang diceritakan dalam filem sebaliknya James Wong.

” Mana boleh fakta sejarah ditukar sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali( dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan. Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang 2-1 bukannya selain itu.

“Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab keatasnya”, ulas Khalid kepada Harian Metro semalam.

olabola2
antara babak dalam filem Ola Bola

Biarpun pihak produksi pernah menemui Khalid untuk berbincang mengenai filem tersebut sebelum dihasilkan, namun mereka menghilangkan diri apabila Khalid meminta pihak produksi menyatakan haknya dan rakan-rakan dalam salinan kontrak.

Bengang dengan tindakan tersebut, Khalid nekad mengambil tindakan untuk menyaman pihak produksi setelah berbincang dengan rakan -rakannya yang lain.

olabola3
muka baru dalam filem tersebut

Sekiranya benar, filem Ola Bola benar benar memalukan negara kerana cuba mengubah fakta biarpun tujuannya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan bola sepak negara. Wallahualam.

olabola4
Khalid Ali satu ketika dahulu

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply