Sukan

Situasi yang menghentikan perlawanan bola sepak

Perkongsian

Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan bola sepak di liga Bundesliga, perlawanan yang menemukan pasukan Bayer Leverkusen bertemu pasukan Borussia Dortmund. Pada perlawanan tersebut, jurulatih pasukan Bayer Leverkusen, Roger Schmidt telah diarahkan untuk keluar padang oleh pengadil perlawanan tersebut, Felix Zwayer. Hal ini adalah disebabkan beliau membantah tindakan Felix yang tidak memberikan foul terhadap pemain Borussia Dortmund selepas menjatuhkan pemain Bayer Leverkusen, Stefan Kießling.

Namun begitu, arahan Felix Zwayer tidak dihiraukan oleh Roger Schmidt, meskipun telah diperintahkan sebanyak tiga kali oleh pengadil tersebut. Akibat daripada keingkaran beliau untuk keluar padang, Felix Zwayer telah melakukan satu tindakan drastik; beliau bersama pembantunya keluar padang di tengah-tengah perlawanan.

Dalam era bola sepak moden, perkara ini adalah sangat jarang berlaku, dan mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah.

Namun begitu, perkara yang ingin ditekankan adalah situasi yang menyebabkan perlawanan bola sepak terhenti di tengah perlawanan adalah bukan perkara baru yang berlaku dalam perlawanan bola sepak. Kebanyakan punca perlawanan bola sepak terhenti adalah disebabkan punca dan situasi yang agak lucu dan kelakar.

Contohnya, pada perlawanan bola sepak di antara pasukan Kedah menentang pasukan Terengganu di Liga Super.

Pada perlawanan tersebut, seekor kucing telah “menceroboh” kawasan padang di Stadium Darul Aman dan telah mengakibatkan perlawanan tersebut terhenti untuk beberapa minit. Perkara yang menjadi bertambah lucu apabila kucing tersebut juga sempat melepaskan “hajat” di atas padang dan menyebabkan pemain import Kedah, Liridon Krasniqi terpaksa membuang baja dengan menggunakan tangan beliau sendiri yang dibalut plastik hasil daripada perbuatan kucing tersebut.

Sumber:Media KFA
Sumber:Media KFA

Berikut juga adalah senarai 10 Kejadian Yang Menghentikan Perlawanan Bola Sepak di serata dunia.

10.Ayam

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Ayam telah dijadikan sebagai satu objek untuk menghentikan perlawanan bola sepak. Di England, penyokong kelab bola sepak Blackburn Rovers yang berang telah melepaskan seekor ayam yang diikat dengan kain selendang yang tertera logo Blackburn Rovers. Perkara ini adalah tanda protes penyokong kelab bola sepak tersebut terhadap pemilik Blackburn Rovers iaitu Venkys; yang telah menjana keuntungan hasil penternakan ayam.

9. Drone

Sumber: WSJ
Sumber: WSJ

Semasa pusingan kelayakan Euro 2016 yang menemukan pasukan di antara Serbia dan Albania, satu objek drone yang membawa bendera Albania telah jatuh ke atas padang. Situasi yang berlaku pada minit ke-41 itu telah menyebabkan perlawanan terhenti untuk beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama. Situasi ini juga telah menyebabkan provokasi politik di antara kedua pasukan mengakibatkan Serbia dan Albania disiasat oleh pihak UEFA.

8. Kucing Hitam

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Akibat daripada sesetengah kepercayaan masyarakat dunia terhadap kucing hitam yang dipercayai membawa nasib malang, juga telah mengakibatkan perlawanan dihentikan untuk beberapa ketika. Pada perlawanan Liga Belanda Eredivise yang menemukan pasukan Heracles dan FC Groningen, telah menceroboh kawasan dan sekitar padang perlawanan tersebut. Akibat daripada kepercayaan terhadap kucing hitam yang membawa malang, pengadil telah menghentikan perlawanan bola sepak tersebut untuk sementara waktu sehingga kucing hitam tersebut beredar.

7. Selfie

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Semasa pertembungan Europa League yang menemukan pasukan Totenham Hotspurs menentang pasukan Partizan Belgrade, terdapat tiga penyokong Hotspurs yang menceroboh kawasan padang dalam tiga insiden yang berlainan. Hasil daripada pencerobohan tersebut telah menyebabkan perlawanan terhenti selama 42 minit. Penceroboh tersebut juga telah mengambil kesempatan untuk berselfie bersama tiga pemain Hotspurs sebelum dibawa keluar.

6.Kanak-kanak

Sumber: Google Image
Sumber: Google Image

Seorang kanak-kanak yang berasal dari Afrika Selatan lari menceroboh kawasan padang selepas kemenangan pasukan Brazil 5-0 di Soccer City. Sebelum kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh para pengawal, pemain Brazil, Neymar telah mengambil kanak-kanak tersebut dan mendukungnya kearah rakan sepasukan Neymar. Video ini telah dirakam dan menjadi viral dalam kalangan penyokong bola sepak yang terharu dengan perbuatan pasukan Brazil tersebut yang dianggap satu penghargaan.

5. Tanda Penalti di Kotak Penalti

Sumber: Google image
Sumber: Google image

Pada tahun 1977, perlawanan bola sepak yang menemukan pasukan Manchester City menentang Derby County; era dimana padang bola sepak yang penuh dengan lumpur kering yang telah menyebabkan tanda penalti hilang daripada pandangan mata para pemain dan pengadil perlawanan tersebut. Semasa pasukan Derby County dianugerahkan sepakan penalti, mereka tercari-cari titik tanda penalti tersebut dan tidak tahu untuk meletakkan lokasi bola. Akibatnya, penyelia stadium terpaksa masuk ke padang dan menguruskan tanda penalti tersebut untuk dicat semula. Setelah beberapa minit perlawanan terhenti, akhirnya Gerry Daly Berjaya menjaringkan sepakan penalti tersebut melewati penjaga gol Manchester City, Joe Carrigan.

4. Kemelut Sepakan Percuma

Sumber: Google Image
Sumber: Google Image

Semasa pertembungan Piala Dunia 1974 yang menemukan pasukan Brazil menentang pasukan Republik Congo, atau pada ketika itu dikenali sebagai Zaire, telah terjadi satu konflik dan situasi yang agak lucu di atas padang. Selepas pasukan Brazil dianugerahkan sepakan percuma, pemain pertahanan Zaire; Mwepu Ilunga tidak arif mengenai peraturan bola sepak, yakni sebelum pengadil perlawan tersebut meniupkan wisel, Mwepu Ilunga keluar daripada banteng dan terus menyepak bola tersebut ke atas.

3. Anjing

Google Image
Sumber: Google Image

Seekor anjing Berjaya menceroboh ke kawasan padang semasa perlawanan Piala Dunia 1962 yang menemukan pasukan England menentang pasukan juara bertahan, Brazil. Meskipun kelibat Pele dan Garrincha serta lagenda bola sepak yang lain menghiburkan para penonton perlawanan bola sepak tersebut, namun seekor anjing telah berjaya mencuri perhatian tersebut. Anjing tersebut dirakam mengejar bola perlawanan tersebut dan menyebabkan kekecohan para pemain di atas padang. Selepas beberapa ketika, pemain England; Jimmy Greaves berjaya mendekati anjing tersebut sebelum anjing tersebut akhirnya berjaya dibawa keluar.

2. Kabus

Fog-soccer1
Sumber: Google Image

Selepas hanya 58 saat, pengadil bola sepak diantara pasukan Bodmin Town menentang pasukan St Austell terpaksa menghentikan perlawanan yang berlangsung di Braveheart. Hal ini adalah kerana keadaan kabus yang begitu tebal mengakibatkan jarak penglihatan menjadi singkat.

1. Cerpelai

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Semasa pertembungan Liga Swiss; perlawanan di antara pasukan FC Thun menentang pasukan Zurich telah diganggu oleh seekor cerpelai yang berlari laju meluru di atas padang. Cerpelai ini berjaya mengelakkan dirinya daripada ditangkap oleh pemain Zurich, bahkan haiwan tersebut turut menggigit beberapa pemain Zurich. Pada akhirnya, penjaga gol Zurich memainkan peranan dan menangkap cerpelai tersebut menggunakan sarung tangan beliau.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply