Semasa Viral

Ustaz Kazim Pasrah Andai Dijemput Allah.

Perkongsian

Siapa yang tidak kenal pada ustaz yang mengendalikan rancangan agama bertajuk Kalau Dah Jodoh, Ustaz Kazim Elias yang baru-baru ini diserang sakit jantung ketika sedang memberi ceramah didalam satu majlis di sekitar Kelantan. Suasana cemas ketika itu apabila Ustaz Kazim rebah sehingga diusung ke dalam ambulan untuk menghantar beliau ke hospital.

Menurut laporan laman portal Oh Bulan, Ustaz Kazim turut memuat naik status yang pastinya meruntun hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi peminat setia beliau. Demikian adalah luahan hati Ustaz Kazim Elias selepas beliau pulih sedikit dari sakitnya.

“Dah banyak hari saya tidak update status. Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu saya rasa inilah saat akhir saya didunia saya dah pasrah dan redha kalau Allah jemput saya”

“Syukur Allah mudahkan saya dengan sikit ujian. Tiga saluran arteri saya tersumbat 99%, 90% dan ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yang belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil”

“Saya mengambil kesempatan di sini memohon maaf zahir dan batin dunia akhirat jika saya ada tersalah silap dengan saudara-saudara, sahabat-sahabat sekalian. Buat keluarga saya minta maaf, buat anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham kerja dakwah ayah”

” Sekarang saya kembali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan saya tak berapa baik. Buat staf dan pelajar Al Barakah teruskan usaha selama ini, jangan mengalah, jangan lemah semangat dan kalau jadi apa-apa pada saya jangan ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa saya. Doakan saya ye. Tq semua doktor, nurse dan yang membantu dan menziarah saya. Kalau saya panjang umur kita jumpa lagi. Saya rindu dengan anda semua. Saya insan dhoif maafkan saya”

Sama-samalah kita mendoakan agar Ustaz Kazim Elias diberi kesembuhan semula untuk terus berdakwah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply