Fesyen & Gaya Hidup

AWAS: Diet Air Kosong boleh membawa Maut

Perkongsian

Ini bukanlah suatu anti gerakan untuk anda kekal cantik atau kurus. Namun, meminum air dengan banyak boleh menyebabkan anda MAUT !!

Ramai daripada kita beranggapan bahawa semakin banyak kita meminum air kosong, semakin berkurangan lemak badan. FAKTA SALAH

Satu kes pengamalan Diet Air Kosong yang diamalkan oleh Jacqueline Henson, 40 warga Amerika Syarikat membawa kepada kematiannya. Dia yang sudah mempunyai cucu itu merasa teruja selepas kehilangan 10 pounds daripada beratnya dan memikirkan semakin banyak air kosong diambilnya boleh semakin mengurangkan berat badannya.

Dia mendapat gambaran sebegitu selepas menjalani sesi konsulatansi menguruskan badan. Pengambilan air minumannya ditambah daripada 4 liter sehari kepada 2 liter selang dua jam. Dia mulai mengalami simptom sakit kepala dan dikejarkan ke hospital selepas pengsan.

Child-drinking-water-520240
Gambar Ikhsan

Doktor gagal menyelamatkannya. Mengapa?

Tubuh Jacqueline memang kelihataan kurus pada zahirnya tetapi para doktor mendapati bahagian otaknya bengkak atau dikenali sebagai Brain Edema.

Kejadian ini berlaku apabila badannya mengalami ‘water intoxication’.  Ini menyebabkan keadaan garam dan sodium dalam darah menurun dengan mendadak akibat meminum air secara mendadak.

Suaminya, Mr. Henson mengamati Jacqueline ketika hidupnya sentiasa merasa paranoid mengenai saiz badannya seolah-olah orang sentiasa memerhati susuk badannya ketika berjalan. Kes ini dilaporkan dalam The Daily Mail 2008

“She was so paranoid when she used to walk down the street, she used to think people were looking at her because of her size. I never had any worries about her doing the diet, she had a full check-up at the doctors before she started and got the all-clear.” Mr. Henson, TDM

jac

Nota : Air kosong atau air mati pada asasnya merupakan sesuatu yang baik jika diambil mengikut jisim badan serta aktiviti seharian. Sifat terlalu taksub menurunkan berat badan boleh membawa padah dan menyebabkan kita mengamalkan sesuatu perkara secara terdesak tanpa memikirkannya.

Perkongsian

Comments

comments

Tags
Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply