Semasa Viral

Inilah Sebabnya Mengapa Pembedahan Ustaz Kazim Elias Ditangguh Yang Pasti Membimbangkan Para Peminatnya.

Perkongsian

Ipoh : Ramai pasti sudah mengetahui tentang kejadian yang menimpa Ustaz Kazim yang rebah ketika menyampaikan ceramah. Berikutan dari hal itu, keadaan Ustaz Kazim masih lagi dipantau sehingga ke hari ini sehingga menyebabkan beliau perlu dibedah.

ustaz_kasim-mohamad_kazim_elias-050215-fb

Namun, menurut laporan Portal Siakap Keli, pembedahan kedua terhadap penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang dijadualkan pada 24 Februari terpaksa dibatalkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Ustaz Kazim

Menurut abang kepada Ustaz Kazim, Datuk Kapten (B), Najmuddin Elias berkata, doktor telah memaklumkan hal tersebut kepada beliau. Keadaan Ustaz Kazim juga masih lemah sehingga tidak membolehkan pembedahan berkenaan dibuat keatas beliau.

“Doktor menyarankan agar beliau diberikan rehat yang secukupnya pada ketika ini.”

“Pembedahan itu sememangnya dijadualkan hari ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana doktor mendapati keadaan adik saya (Mohd Kazim), tidak mengizinkan”

Najmuddin Elias juga meminta supaya menangguhkan dahulu niat ingin melawat adiknya sehingga beliau benar-benar sembuh.

“Jadi, kepada sesiapa yang mahu datang menziarahi adik saya itu diharap dapat tangguhkan dulu. Kita akan bagitahu nanti apabila keadaan mengizinkan.”

“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersimpati dengan beliau dan mendoakan beliau.

“Jutaan terima kasih juga kepada yang berhajat nak menziarahi beliau, tetapi kami mohon beribu kemaafan kerana keadaan amat tidak sesuai waktu ini, terima kasih,”

969281_10151506569987955_502331235_n

Sebagai peminat setia dan pendengar setia ceramah-ceramah Ustaz Kazim, pastinya keadaan beliau turut menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan mereka. Hal ini berikutan, beliau juga adalah salah seorang penceramah bebas di Malaysia yang paling dihormati dan disayangi.

uke-kecewa

Maka dengan itu, hanya doa yang mampu dikirimkan buat Ustaz Kazim agar beliau diberi kesembuhan semula, dipermudahkan urusan pembedahannya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply