Cinta & Perhubungan Semasa

Olok-Olok diculik Sudah Jadi Trend!

Perkongsian

Sudah banyak kali sejak beberapa bulan kebelakangan ini, remaja perempuan mengada-adakan cerita kononnya mereka diculik oleh individu tidak dikenali. Sebaliknya yang berlaku, remaja-remaja ini hanya mahukan kebebasan daripada orang tua mereka untuk keluar bersama kekasih (boyfriend) ataupun menunjukkan tanda protes kerana hubungan cinta mereka tidak direstui.

culik3
amira tampil memohon maaf

Paling viral, kisah remaja perempuan yang dikenali sebagai Amira ,14 yang mengaku dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih sememangnya mendatangkan kemarahan dalam kalangan netizen yang sebelum itu simpati dan berusaha membantunya. Namun apayang berlaku, Amira ditemui selamat bersama teman lelakinya yang berbangsa Cina dan hanya dikenali selama seminggu atas alasan mahu hidup bebas.

culik2
Antara dialog rakaman Amira yang direka

Ketika pengguna laman sosial, Facebook khususnya baru sahaja ingin menghilangkan kemarahan terhadap tindakan tidak wajar Amira itu, satu lagi cerita menjadi bualan hangat apabila seorang lagi remaja perempuan berusia 20 tahun berlakon diculik oleh lelaki yang menaiki MPV di hadapan Universiti Infrakstruktur Kuala Lumpur (KLIUC).

culik1
Remaja perempuan ini juga olok -olok diculik

Kali ini dramanya tidak kurang menarik, remaja perempuan ini terus berlakon kononnya diculik ketika turun daripada kereta ibunya yang mengahantarnya ke universiti berkenaan untuk menghadiri peperiksaan.

Lebih memilukan, remaja terbabit langsung tidak menghiraukan tindakan ibunya yang mengejar kenderaan MPV tersebut sebaliknya kereta MPV itu terus dipandu laju dan berbahaya.

Mungkin menyesal dengan tindakannya, semalam remaja terbabit tampil dan menafikan dia diculik. Dia kemudian turut mengakui kejadian yang berlaku keatasnya telah dirancang ┬ádan dia hanya pergi bersia-siar dengan ‘penculik’ terbabit.

culik4
Kereta Honda Stream inilah yang dikatakan dinaiki penculik

Apa yang dapat disimpulkan, tindakan remaja yang melakukan adegan-adegan olok seperti ini hanya akan mendatangkan bahaya dan rasa tidak senang kepada orang lain. Bayangkan sekiranya emak remaja ini terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengejarnya!

Ingat, ibu dan bapa hanya 1 dekat dunia ini. Hargailah mereka seadanya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply