Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Viral

Teknik Rahsia Luruskan Rambut Semulajadi tanpa Haba dan Wang!

Perkongsian

Rambut adalah aset yang paling penting bagi seorang wanita. Ianya merupakan salah satu daya penarik mata buat lelaki. Gaya rambut yang berlainan akan menyebabkan bentuk muka wanita berubah kerana itulah wanita perlu bijak dalam mengayakan rambut mereka. Selalunya kesesuaian bentuk rambut banyak dipengaruhi oleh bentuk muka dan kulit wanita. Fesyen rambut yang sesuai dengan muka akan menambahkan lagi aura dan kecantikan seorang wanita.

f39bd6a288c2d81c6d428ef3e1cd6cc8

Wanita Melayu kebiasaan nya mempunyai gaya rambut yang kerinting, sama ada kerinting beralun ataupun kerinting penuh. Tetapi ada juga wanita yang mempunyai rambut lurus kerana gaya rambut yang diperolehi oleh seseorang ditentukan oleh faktor genetik daripada ibu bapa masing-masing. Wanita di Malaysia lebih meminati rambut lurus kerana bagi mereka rambut lurus lebih cantik dan bergaya, kerana itu ramai wanita di luar sana gemar untuk meluruskan rambut mereka.

Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pelbagai alternatif untuk meluruskan rambut telah diperkenalkan. Teknik rebonding yang agak mahal menjadi kegilaan anak muda pada zaman kini walaupun rawatan rambut itu menyebabkan bau kurang menyenangkan pada rambut. Sekarang menjadi trend di mana anda tidak perlu ke salon untuk mendapatkan rawatan rebonding kerana anda boleh mendapatkan straighten hair  comb dengan harga RM47.99 di Lazada!

Tahukah anda penggunaan haba daripada rawatan rebonding dan straighten hair comb elektronik menyebabkan rambut anda semakin rosak dan kering? Rambut menjadi lemah dalam keadaan panas. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut. Maka rambut  akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sedangkan angin panas sudah merosakkan rambut anda, apatah lagi haba daripada electrical comb anda!

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda di luar sana tentang salah satu cara untuk meluruskan rambut secara semulajadi yang telah digunakan oleh seorang wanita di Youtube. Kaedah yang digunakan mungkin memakan masa, tetapi hasil yang diperolehi sangat memuaskan hati. Dengan cara ini anda boleh menjimatkan wang dari membuat rawatan rebonding dan tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi selain dapat mengekalkan kesihatan rambut anda agar kekal sihat dan menyinar!

Jom tonton video ini!

Sayangi mahkota kewanitaan anda!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply