Bisnes Semasa Viral

5 petanda untuk tahu skim bakal tersontot

Perkongsian

Salam semua yang dikasihi.

Sekarang ini banyak sangat berita tentang skim-skim tersontot ini. Contohnya emas ETA Tok belagak, UFUN, GWGfx, HGR, MHT, MGSB dan banyak lagi. Kesian kepada pelabur-pelabur yang tersontot itu, ramai yang buat loan, gadai tanah, pinjam duit keluarga dan kawan-kawan, habiskan duit simpanan sebab nak join skim tersebut. Harapan mereka dengan melaburkan duit di skim ini, dapatlah memperbaiki taraf hidup dan membantu keluarga mereka yang susah. Tapi semuanya lebur dek kerana malaun-malaun yang membuat skim cepat miskin ini. Nak minta balik duit pelaburan mereka memang tak dapat dah. Walaupun dah report polis, si penipu ini masih tidak dapat diberkas kerana telah melarikan diri.

pelabur emas rugi
pelabur emas rugi

 Di sini penulis ingin berkongsi serba sedikit petanda untuk tahu skim bakal tersontot. Petanda-petanda ini adalah daripada pengalaman penulis sendiri dan hasil kajian penulis. Semoga pembaca boleh lari jauh-jauh daripada skim ini.

1) Memberi pulangan yang banyak setiap bulan

Biasanya skim bakal tersontot ini akan menawarkan pulangan yang banyak yang tidak munasabah seperti menawarkan pulangan 10% daripada nilai pelaburan mereka setiap bulan. Jika pelabur melabur 100 ribu ringgit, pulangan sebanyak 10 ribu ringgit setiap bulan. Dalam masa 10 bulan sahaja, modal dah dapat semula. Dan pada bulan ke 11 dan ke atas hanya mengaut untung sahaja. Mendengar tawaran pelaburan seperti ini, sesiapa pun akan tertarik.

Pulangan tak masuk akal
Pulangan tak masuk akal

2) Mempamerkan kekayaan dan kemewahan

Para penipu ini biasanya akan mempamerkan kekayaan mereka dengan mempamerkan kereta-kereta mewah seperti BWM 7 series, Mercedes bentz, Ferrari, Bugati dan lain-lain untuk menarik para pelabur menyertai skim mereka. Biasanya orang ramai mudah terpengaruh apabila dipamerkan kemewahan dan kekayaan. Masa ini penipu ini akan cuba menarik orang ramai dengan menyatakan kemewahan yang dia miliki ini hasil daripada menyertai skim ini. Orang ramai tak tahu yang kereta mewah itu semua hanyalah disewa oleh penipu itu. Bukan kereta dia pun.

Contoh penipu GWGfx yang mempamerkan kereta mewah dan kenyataan agama untuk menipu orang ramai
Contoh penipu GWGfx yang mempamerkan kereta mewah dan kenyataan agama untuk menipu orang ramai

3) Beriya-iya suruh kita join skim diorang

Kalau ada kawan-kawan lama yang lama dah tak jumpa dan tiba-tiba ajak kita minum, baik anda berhati-hati. Mungkin dia nak promote skim yang dia dah join dan dia dah jadi agen kerana dijanjikan pulangan lumayan. Kawan anda itu akan mula bercerita segala kebaikan skim ini. Dan menyatakan dia dah dapat pulangan setiap bulan dan dah ramai masuk bawah dia pon dah ramai dah dapat pulangan setiap bulan. Ayat yang paling biasa akan guna ialah “ Kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong Melayu”. Ada sesetengah orang mudah tertewas dengan ayat ini dan join skim tersebut. Dan biasanya kawan anda tadi akan gunakan hujah agama untuk menegakkan skim ini.

4) Kalau dah terjoin, pulangan dibayar lewat

Bila anda dah terjebak dengan skim seperti ini, awal-awal bulan memang anda akan dapat pulangan yang dijanjikan. Bulan pertama sampai bulan ke enam biasanya ok lagi, masuk bulan ketujuh pulangan akan mula lewat dibayar. Biasa 5hb setiap bulan duit akan masuk, tapi ini dah 15hb duit tak masuk-masuk. Biasanya para penipu ini akan menggunakan pelbagai alasan seperti bisnes yang mereka jalankan tidak banyak untung, BNM dah start kacau, akan bayar 2 bulan terus pada bulan hadapan, mereka ditipu oleh orang lain dan macam-macam alasan lain.

5) Check senarai blacklist di Bank Negara

Sebenarnya ini perkara pertama anda kena buat sebelum join mana-mana skim pelaburan. Check dulu nama company ini di senarai company yang diblacklist oleh BNM. List tersebut boleh dilihat di sini. Kalau ada company tersebut, baik lari jauh-jauh.. biasanya agen-agen skim ini akan cuba mempertahankan skim dengan menyatakan bahawa itu hanyalah senarai yang BNM perhatikan, bukannya tidak dibenarkan langsung. Hahaha..kalau ada agen macam tu, pergi cakap kat dia “ Aku kesian kat ko” kikiki.. Cuba search company yang memang dah tersontot seperti Darul Emas Perak (Tok belagak)..tahun 2014 dah disenaraikan, 2015 dah tersontot..dan banyak lagi company yang dah tersontot yang dah awal-awal disenaraikan oleh BNM.

Setakat itu sahajalah 5 petanda yang penulis nak kongsikan. Sebenarnya banyak lagi, kalau nak diceritakan secara details memang kena tulis satu buku khas dengan tajuk “ Skim tersontot: Macam mana nak tahu?” hihihi..

Semoga artikel ini dapat memberi peringatan kepada semua pembaca. Kepada yang dah tersontot, sama-samalah kita doakan agar Allah menggantikan dengan rezeki yang lain yang lebih halal dan berkat.

LIKE dan SHARE artikel ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tidak tersontot oleh malaun-malaun penyontot di luar sana.

Sekian, terima kasih.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply