Bisnes

5 tips menambah pendapatan pada zaman gawat

Perkongsian

Salam semua yang dikasihi.

Semua sedia maklum yang tahun 2016 ini adalah tahun paling mencabar kerana kegawatan ekonomi ekoran kejatuhan harga minyak dunia dan kejatuhan nilai ringgit malaysia. Sehingga artikel ini ditulis nilai ringgit berada pada paras RM4.23 berbanding 1 dolar amerika. Manakala harga minyak mentah dunia berada di bawah USD35 setong. Akibatnya, semakin ramai yang menjadi pengganggur akibat diberhentikan kerja. Maka, pasti ramai yang ingin menambah pendapatan bagi menempuh zaman gawat ini yang dijangka berterusan sehingga hujung 2017.

Menambah pendapatan di zaman gawat
Menambah pendapatan di zaman gawat

Di sini penulis ingin berkongsi tips bagaimana menambah pendapatan pada zaman gawat ini.

1) Jual barang-barang lama

Jika anda ada barang-barang lama yang tak nak digunakan, bolehlah jual daripada terperap dalam almari atau stor. Barang-barang lama seperti baju lama, seluar lama, tv lama, radio lama, kasut lama yang dah tak muat, bolehlah dijual kepada orang ramai seperti di car boot sale atau pasar-pasar. Ataupun anda iklankan sahaja di mudah.my. Sedikit sebanyak bolehlah menambah pendapatan anda sekeluarga.

Barang-barang lama
Barang-barang lama

2) Jadi dropship produk orang lain

Nak buat bisnes, tapi tak ada produk nak jual? Bisnes tak semestinya perlu ada produk atau stok di tangan. Anda boleh mulakan dengan menjual produk orang lain. Anda pernah dengar dropship? Dropship ini adalah anda menjual produk orang lain tanpa anda ada produk tersebut.  Macamana tu? Ha..caranya anda promotekan produk orang lain dan jika ada pembeli yang membeli, anda order dengan supplier anda dengan harga diskaun. Biasanya harga dropship adalah antara 10-20% lebih murah daripada harga jualan. Kemudian, supplier yang akan pos ke customer tadi. Anda tidak perlu keluarkan modal walau sesen pon! Dan anda tak perlu bersesak-sesak ke pejabat pos untuk pos produk tadi. Carilah produk yang sedang laku di pasaran seperti tudung, produk kesihatan dan kecantikan, cadar dan lain-lain. Dengan menjadi dropship, pulangan anda adalah 100%, sebab anda tidak ada keluarkan modal dan ini membantu anda menambah pendapatan.

konsep dropship
Konsep dropship

3) Cara menjadi dropship

Macamana nak jadi dropship? Senang je, anda cari mana-mana bisnes di fb dan anda private message supplier tersebut menyatakan anda berminat menjadi dropship produk mereka. Biasanya supplier ini suka je orang nak promotekan produk mereka. Ada supplier yang kenakan bayaran (dalam rm20) dan ada juga yang percuma sahaja. Anda cuma bagitau maklumat diri dan nombor telefon untuk dihubungi. Kemudian bolehlah mula berbisnes secara dropship untuk menambah pendapatan keluarga.

4) Jual produk yang anda pandai buat

Kalau anda pandai buat kek yang sedap, bolehlah cuba jual kek anda kepada kawan-kawan. Kemudian, minta kawan-kawan anda promotekan kepada kawan-kawan mereka yang lain. Kalau kek anda tu memang sedap, kawan-kawan anda pasti tidak keberatan untuk promotekan untuk anda. Paling best kalau kawan-kawan anda ambil gambar kek dan dipost ke fb mereka. Mesti kawan-kawan mereka bertanya di mana nak dapat kek tu. Masa tu memang anda tidak menang tangan untuk melayan semua order tersebut.

5) Promote produk secara online

Produk dah ada, cuma tak tahu nak promote macamana? Atau malu nak promote secara berdepan dengan orang? Bagi yang malu berbisnes secara offline (berjumpa orang), anda boleh promote secara online sahaja. Boleh promote di fb, instagram, blog, mudah.my, website, forum dan lain-lain. Tapi segan nak promote di wall fb sendiri? Hahaha, kalau segan nak post di wall sendiri, boleh buat page fb. Klik sini untuk cara setup page. Kemudian minta kawan-kawan LIKE dan SHARE page tersebut. Ada cara berbayar untuk promote page tersebut, boleh klik link ini untuk mengetahui cara mendapatkan LIKE secara berbayar. Semakin banyak orang LIKE page anda, semakin tinggi potensi produk anda untuk terjual.

Sampai di sini sahaja perkongsian tips menambah pendapatan daripada penulis pada kali ini. Semoga bermanfaat kepada semua, LIKE dan SHARE artikel ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka semua tahu.

Sekian, terima kasih.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply