Bisnes Viral

5 Langkah Dapatkan Tiket Flight Percuma

Perkongsian

Salam semua yang dikasihi.

Ramai di antara kita yang minat melancong di dalam negara mahupun di luar negara. Melancong menaiki kapal terbang memang menggunakan bajet yang tinggi. Tapi ada caranya anda boleh dapatkan tiket kapal terbang secara percuma! Ikuti 5 langkah berikut.

fly for free
fly for free

1) Buat kad kredit Maybank

Kepada yang tidak ada kad kredit lagi, penulis sarankan agar membuat kad kredit Maybank Islamik Petronas Ikhwan kerana kad kredit ini menawarkan pungutan points yang lebih menarik. Anda berpeluang mendapat 8 kali ganda treatpoints bagi setiap ringgit jika mengisi minyak petronas pada hujung minggu dan 5 kali ganda treatpoints pada hari biasa. Dan juga 8 kali ganda treatpoints untuk setiap ringgit jika anda bershopping pada hujung minggu. Jadi lebih mudah untuk anda mengumpul treatpoints dengan banyak. Cuma pesanan penulis, anda hendaklah sentiasa berdisplin menggunakan kad kredit. Hanya berbelanja untuk keperluan dan bukan kehendak. Jika anda seorang yang suka berbelanja secara boros, lupakan tentang mendapat tiket percuma ini.

Maybank Islamik Petronas Ikhwan
Maybank Islamik Petronas Ikhwan

2) Semak jumlah treatpoints di maybank2u

Jika treatpoints anda sudah banyak, anda boleh mula tebus treatpoints tersebut. Sebelum itu, anda kena semak jumlah treatpoints anda di maybank2u. Caranya, login maybank2u anda, dan pilih Account & Banking, kemudian pilih Rewards dan semak jumlah treatpoints anda. Catatkan jumlah treatpoints anda supaya tidak terlupa.

3) Daftar Superbuy.my dan Airasiabig.com

Untuk menebus treatpoints anda, anda perlu register terlebih dahulu dengan superbuy.my. Caranya, layari www.superbuy.my dan klik pada gambar Redeem your Maybank Point Here (sila rujuk gambar di bawah). Kemudian register di laman web tersebut. Laman web ini hanya untuk pemegang kad kredit maybank sahaja. Anda juga perlu register dengan airasiabig.com untuk mendapatkan tiket percuma ini. Selepas register airasiabig.com anda akan diberikan kad dan no id. No id ini yang anda perlukan semasa redeem treatpoints maybank ke big point.

Redeem your maybank points here
Redeem your maybank points here

4) Tebus treatpoints dengan BIG (Air Asia)

Selepas register superbuy, anda boleh klik pada category dan pilih Gift Cards. Kemudian pilih 1,000 AirAsia Big Points. Pada masa artikel ini ditulis, jumlah treatpoints yang diperlukan untuk mendapatkan 1000 points big points ialah 7420. Jadi, jika treatpoints anda ada lebih kurang 25000, anda layak menebus lebih kurang 3000 big points. Kemudian Add to Cart dan teruskan dengan mengisi maklumat dan arahan yang diberikan.

5) Redeem tiket percuma di airasiabig.com

Selepas redeem treatpoints ke big points, biasanya big points akan dimasukkan selepas beberapa hari. Anda boleh sentiasa semak di website airasiabig untuk mengetahui big points sudah masuk atau tidak. Apabila big points yang anda tebus tadi sudah masuk, boleh boleh mula redeem tiket. Caranya, login di airasiabig.com dan klik pada tab redeem. Kemudian pilih redeem flight dan kemudian pilih flight yang anda ingini. Kemudian, ikut sahaja arahan yang diberikan. Proses seterusnya sama sahaja anda booking tiket flight secara online. Cuma cara ini hanya gunakan big points.

Setakat itu sahaja perkongsian penulis cara-cara mendapatkan tiket flight percuma. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Jangan lupa LIKE dan SHARE kepada kawan-kawan yang kaki travel ya.

Sekian, terima kasih.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply