Semasa

Kisah Temui Ajal Kerana Sebiji Bola

Perkongsian

JOHOR BAHRU: Siapa sangka, kegembiraan seorang remaja lelaki bermain bola dalam tasik berakhir dengan tragedi.

JOHOR BAHRU 27 FEBRUARY 2016. ( METRO ) Anggota Bomba membantu mangsa, Mohd Farizwan Mansor, 12, yang lemas di Laman Rekreasi Tasik Pandan. STR/IHSAN BOMBA JOHOR
Jabatan Bomba Johor sedang berusaha menyelamatkan mangsa.

Remaja tersebut dikatakan tidak dapat menyelamatkan diri dan tenggalam ke dalam tasik. Kejadian itu disedari apabila remaja tersebut tidak muncul ke daratan.

Menurut laporan portal Berita Harian, kejadian pilu itu berlaku kira-kira jam 3 petang.

Mohd Farizwan Mansor, 12  ketika itu sedang mencuba untuk mengambil bolanya yang berada di tengah tasik di Laman Rekreasi Tasik Pandan. Namun, mangsa yang didapati tidak tahu berenang tenggelam ke dalam tasik dan tidak dapat menyelamatkan diri.

Orang ramai juga cuba untuk menyelamatkan remaja itu setelah menarik beliau ke daratan. Pihak bomba juga mencuba untuk menyelamatkan mangsa. Namun, sudah ajal apabila beliau tidak dapat diselamatkan lagi.

Ketika kejadian berlaku juga diketahui ketika ibu bapa tidak ada bersama mangsa. Kejadian berlaku ketika mangsa bersama dengan rakannya yang lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor yang berada ditempat kejadian berkata,

“Mangsa dijumpai pada jam 4.14 petang oleh anggota bomba dan cuba diberi bantuan pernafasan, namun mangsa sudah tidak bernyawa”

Kes seperti ini perlu diambil berat oleh semua ibu bapa kerana kejadian ini seringkali terjadi kepada anak-anak yang masih belum tahu cara untuk berenang. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu mengawasi ke mana saja anak-anak ingin pergi termasuk mengehadkan kawasan permainan mereka agar tidak pergi terlalu jauh.

Pihak bomba Johor juga mengesahkan,

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Diharapkan keluarga arwah tabah dengan kejadian yang menimpa mereka dan meredhakan pemergiannya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al fatihah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply