Inspirasi

Kenali Masalah Anak-Anak Disleksia

Perkongsian

Mesti anda akan rasa marah, geram, kecewa bila ada antara anak-anak kita amat sukar menerima apa yang diajar seperti kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Malah, mereka seolah-olah berada di dunia sendiri dan mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu yang dilakukan.

Jika anda berdepan dengan anak-anak yang mempunyai masalah begini, maknanya anda berdepan dengan mereka yang mempunyai Disleksia.

Disleksia buakanlah sejenis penyakit. Ia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kebiasaannya kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersunguh-sungguh. Namun, mereka mempunyai kebolehan atau kemahiran unik dan berbeza yang perlu diterokai bagi setiap anak-anak Disleksia.

Jika membuat pemeriksaan atau ujian kecerdasan biasa, pasti doktor akan dapati mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kerana mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal setelah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi.

Cuma masalah asas mereka adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

disleksia

Jika anak-anak anda mempunyai simptom-simptom seperti :

  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Sukar mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) :
    • membezakan 13 dan 31
    • “was” menjadi “saw”
    • ‘b’ dengan ‘d’
    • ‘binatang’ dibaca ‘bintang’
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’. ‘hari ini’, ‘esok’
  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah;

Janganlah menggelar mereka sebagai malas, bodoh atau lembab. Gelaran-gelaran seperti itu akan menjejaskan pembentukan imej yang sihat dan mewujudkan perasaan rendah diri. Ia juga boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan, masalah tingkahlaku seperti melawan dan kecelaruan tingkahlaku serta boleh menyebabkan keciciran sekolah akibat daripada pencapaian akademik yang rendah.

image

Anak-anak Disleksia bukan dari golongan OKU kerana mereka boleh dipulihkan. Cuma pemulihan mereka memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi dari orang sekeliling. Mereka perlu dibantu untuk membina keyakinan diri serta dirawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.

Selain itu, tingkatkan potensi pembelajaran anak Disleksia melalui :

  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria iaitu dengan menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran :
    • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
    • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/huruf)
  • Merasa pergerakan bibir
  • Menulis huruf atau perkataan

Sama-samalah berusaha memulihkan mereka dengan membantu mereka menguasai maklumat secara beransur-ansur serta mengulangi apa yang diajar dengan menggunakan konsep ajar berlebihan. Perlu diingatkan sekali lagi, proses pemulihan mereka memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi dan konsisten daripada semua pihak.

Walaubagaimanapun, usah terlalu bimbang kerana terdapat sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia sebagai alternatif lain pemulihan anak-anak Disleksia.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply