Semasa

Kesilapan Juruterbang

Perkongsian

Seorang Juruterbang bakal disiasat apabila mengeluarkan kenyataan yang mengganggu emosi para penumpang kapal terbang yang dikemudinya.

Anda bayangkan perasaan anda yang bakal menaiki penerbangan tersebut yang dikemudi oleh seorang yang mendahulukan dirinya berbanding anda. Mungkin anda membayangkan, andai sesuatu terjadi, anda akan menjadi yang terakhir untuk diselamatkan.

 airline

Kapal terbang milik Philippine Airline itu dikatakan bakal berlepas daripada Bangkok, Thailand kira-kira jam 1 petang. Namun terpaksa ditunda sehingga jam 5 petang disebabkan masalah teknikal. Para penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut merasa panas dan keadaan sempit  itu mewujudkan ketidak selesaan kepada para penumpang. Berita ini dilaporkan dalam The Star, 25 Feruari lepas.

Apa yang peliknya, para penumpang masih dikekalkan di dalam pesawat PR-371  yang panas itu. Mereka hanya mempunyai satu penghawa dingin akibat daripada kerosakan teknikal. Pada waktu itu lah mereka “ditenangkan” oleh juruterbang  tersebut yang dikenali sebagai Kapten Filemon Tacan.

air1
Gambar Hiasan : Keadaan Kokpit Pesawat

 

“My life is more important than your life. I always consider my life more (important) than anybody. I will not lie to you. With that in mind, my life is more important than anybody else’s,” Kapten Filemon Tacan

Para penumpang sebaliknya tidak senang dengan kata-kata yang diperkatakan itu seolah- seolah mengetepikan nyawa penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut. Juruterbang sebenarnya ingin menyatakan kehangatan itu tidak menyebabkan kematian sambil dia merujuk pengalamannya berada di kokpit pesawat hampir 10 jam dimana keadaannya lebih panas daripada di dalam kabin pesawat.

gty_baby_on_plane_thg_120316_wmain
Gambar Hiasan : Ibu dan anaknya

Para Ibu Bapa yang membawa bayi kecil merasa gusar kerana terpaksa membuka baju anak-anak mereka supaya tidak berasa panas. Sebilangan mereka pula berdiri berhampiran dengan pintu keluar.

Pihak Philippine Airline akan menyiasat pekara tersebut dan agak terkejut kerana Kapten Filemon Tacan merupakan juruterbang berpengalaman lebih 30 tahun. Pihak Philippine Airline juga  meminta agar semua krew penerbangan dapat mengamalkan komunikasi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah faham.

“PAL is conducting an investigation and reminding all flight crew to use the standard announcement at all times. It is unfortunate that there was a deviation from the norm as far as communication is concerned. We apologise for the way it affected the sensibilities of passengers,” Villaluna , Wakil Pihak Philippine Airline

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply