Cinta & Perhubungan Fesyen & Gaya Hidup

10 tips terbaik jadi manantu favourite mertua

Perkongsian

Ramai dikalangan kita agak risau terutama yang baru berkahwin untuk mengambil hati mertua supaya mertua dapat menerima dia dengan baik. Begitu juga pasangan yang dah lama berkahwin sehinggakan sampai sekarang masih belum menjumpai keserasian diantara menantu dan mertua sehinggakan dirasakan seperti orang asing. Bila tiada keserasian nak bergurau senda dengan mertua pun seakan pudar dan tiada makna.

tips-mengambil-hati-mertua-menantu-750x375

Jom kita lihat beberapa tips menarik yang boleh diambik untuk jadi menantu favourite!

1. Angguk-angguk

Walaupun terdapat beberapa perkara yang mungkin kita tidak bersetuju sewaktu perbincangan keluarga mentua, tidak perlu kita berdebat dan tunjuk hebat.Anda hanya perlu mengangguk-angguk sahaja. Biarkan mereka tinggal dengan pilihan mereka sendiri. Walaupun masa itu hati anda tengan panas tapi dinasihatkan lebih baik anda bersetuju sahaja  dengan  tindakan yang mereka buat.

2. Jangan masuk campur

Jangan nak mengada-ngada masuk campur dalam urusan mereka terutama tiada kaitan dengan anda, melainkan jika ia adalah bertentangan dengan Islam.

3. Jangan sampai suami bagitahu balik pada mak dia

Jika anda tidak berpuas hati dengan keluarga suami pastikan cakap berhemah dengan suami dan mengingati supaya tidak memberitahu keluarganya. Kadang-kadang suami menganggap perkara itu tidak penting dan memberitahu keluarganya. Percaya lah, sekali ketidakpuasan anda kepada keluarga suami didengari masa itu juga letusan gunung berapi akan berlaku diantara anda dengan keluarga suami. Silap-silap diorang akang ungkit sampai mati!.

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga

Jangan terlalu kedekut. Keluarkan sedikit belanja untuk membeli barangan harian. Jika dalam perjalanan pulang ke kampung suami tu,pastikan anda singgah mana-mana tempat jualan makanan seperti gerai goreng pisang. Pastikan  juga tidak menggangap makanan suami anda yang cuci,makanan orang lain orang yang makan itu kena cuci.

5. Tunjuk rajin masak

Pastikan anda tunjuk yang anda sangat suka berada didapur. Walaupun anda jarang memasak tapi bila berada di rumah keluarga  sekurang-kurangnya cuba tolong mereka masak seperti kupas bawang dan sebagainya.

6. Banyakkan berbual

Banyakkan berborak,tidak perlu borak dengan tajuk yang berat tapi cukup lah sekadar borak-borak yang ringan dan menarik seperti drama tv.

7. Jangan tunjuk malas

Jangan tunjuk yang anda malas seperti lepas makan tidak basuh pingan. Rumah keluarga suami dibiarkan bersepah. Pastikan juga tidak duduk dalam bilik sampai tak keluar-keluar dan hanya keluar kecuali nak pergi bilik air dan makan.

8. Jangan ambil kesempatan

Jangan ambil kesempatan kepada mertua. Kalau mertua berikan pertolongan cuba balas dengan pertolongan yang lain. Sekali mertua dah tak percaya anda ,masa itu mungkin mertua tak akan percayakan anda sampai bila-bila.

9. Tak payah tunjuk manja

Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!

10.Jangan marah suami depan mak mertua

Bukan sahaja marah suami boleh marah. Mertua juga mungkin akan terasa kerana menantu tidak menghormati suaminya di depan nya.

suami-istri-muslim1jpgPanggilanManjaSuamiIsteriPipiMerahDelima

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply