Semasa

Ajal Isteri Muda Di Tangan Suami

Perkongsian

IPOH: Sebuah perkahwinan sepatutnya disulami dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Namun, malang bagi seorang wanita India apabila dia menemui ajal ditangan suami nya sendiri.

Laman portal Berita Harian melaporkan, seorang wanita berusia 17 tahun ditemui mati dan dipercayai dipukul suaminya di rumah mereka di Ladang Sengat, Simpang Pulai, dekat sini, pagi tadi.

Mayat S Durga Devi ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan pada muka dipercayai akibat tumbukan suaminya berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 pagi.

“Kita menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan pada mukanya seperti ditumbuk”

Beliau juga berkata, suami mangsa telah pun ditahan selepas kejadian.

“Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa di perkarangan rumah berkenaan kira-kira dua jam selepas siasatan dilakukan,” katanya di lokasi kejadian di sini, sebentar tadi.

Pentingnya hidup berjiran apabila sekiranya berlaku sesuatu, orang paling terdekat yang boleh diharap ialah jiran-jiran kita. Termasuklah kejadian seperti ini.

Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati jiran pasangan itu ada terdengar mereka bertengkar lewat malam dan jam 5 pagi tadi.

Beliau berkata, polis percaya pertengkaran membabitkan masalah keluarga.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada siapa dapat jangka perkahwinan akan berakhir dengan kejadian seperti ini. Seorang suami sepatutnya bertindak melindungi si isteri, tapi sebaliknya terjadi pada pasangan ini. Siasatan juga belum mengesahkan sama ada kematian si isteri dibunuh dengan sengaja atau tidak sengaja.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply