Semasa

Padah Membiak Aedes, Wanita Ini Dijel

Perkongsian

KEMAMAN – Mungkin tidak menjaga kebersihan laman rumah atau tidak mengambil berat tentang kesihatan diri, sorang wanita telah di penjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman.

Wanita itu dijatuhkan hukuman penjara satu hari selepas didapati bersalah menimbulkan keadaan yang boleh membiak dan memberi perlindungan kepada jenis larva nyamuk Aedes Albopictus.

Kecuaian wanita tersebut boleh menyebabkan penduduk di kawasan sekitarnya atau mungkin juga dirinya dijangkiti demam denggi. Demam denggi juga bukan sahaja sakit biasa malah boleh juga membawa maut.

Menurut laman portal Sinar Harian, majistret Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zaleha Pendek, 52, setelah pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah bagi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.15 pagi, 2 Julai 2014 di rumah beralamat No 31 Rantau Petronas, Kerteh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM10,000.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah selepas enggan membayar kompaun dikenakan dan pendakwaan kes itu berlangsung hampir setahun yang menyaksikan di peringkat pembelaan tertuduh memanggil empat saksi pembelaan.

Berikutan kejadian itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar meminta masyarakat menjaga kebersihan kawasan masing-masing termasuk turut mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan aedes.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Pejabat Kesihatan Daerah sentiasa mengingati orang ramai mengenai perkara ini sepanjang masa dan ia juga diuar-uarkan melalui pelbagai media,” katanya.

Maka, kejadian ini perlu dijadikan ikhtibar oleh penduduk yang lain supaya menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah. Denda duit dan penjara bukan penyelesaian utama untuk menghapus pembiakan nyamuk aedes sekiranya rakyat Malaysia masih memandang ringan tentang kebersihan di kawasan rumah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply