Semasa

Pembunuhan Paling Berprofil Tinggi Di Malaysia: Mona Fendi

Perkongsian

Siapa sahaja pasti akan teringat kisah pembunuhan berprofil tinggi ini. Kisah pembunuhan kejam dan seperti tidak masuk akal ini seakan-akan apa yang kita saksikan dalam filem thriller garapan orang putih. Namun percaya atau tidak, sekitar tahun 1994, Datuk Mazlan Idris telah dibunuh seperti haiwan dan mayatnya dikerat 18 bahagian selain menanam mayat tersebut di dinding supaya kes tersebut tidak dapat dikesan.

monafendi5
Ilutrasi bagaimana mayat Datuk Mazlan dikerat

Kita imbas kembali kejadian ini apabila pada hari kejadian, Datuk Mazlan Idris yang juga bekas ADUN Talam, Pahang telah dibunuh dengan kejam oleh pasangan  suami isteri Maznah Ismail ataupun Mona, Mohd Affendy dan seorang pembantunya Juraimi Husin.

monafendi3
wajah ketiga-tiga suspek

Percaya ataupun tidak, Mona sebenarnya adalah seorang penyanyi malah lagunya pernah dicalonkan dalam pentas muzik-muzik dan akhirnya tersingkir pada awal pusingan.

Tepat 2 Julai 1993 , Mona dan suami yang bekerja sebagai bomoh telah didatangi oleh Datuk Mazlan yang pada ketika itu berhasrat mahu menjadi menteri besar Pahang. Kerana inginkan jalan pintas, Datuk Mazlan menggunakan khidmat bomoh kononnya untuk menjamin kemenangannya.

monafendi2
keadaan rumah mona fendy yang cukup menyeramkan

Namun apa yang berlaku, ketika berada dalam bilik air kediaman Mona Fendy , Datuk Mazlan diarahkan untuk berbaring untuk upacara mandi bunga kononnya sebagai syarat dan untuk menggandakan wang. Setelah itu, Juraimi mula menetak leher Datuk sebanyak tiga kali sehingga terputus selepas mendapat arahan daripada Affandi.

Tidak cukup dengan itu, Affandi seterusnya menyuruh Juraimi memotong sendi dan kemudian melapah Datuk Mazlan. Kesmua sekali dipotong kepada 18 bahagian. Kejam!

monafendi4
wajah Mona Fendi yang menyeramkan

Walaupun keterangan mahkamah menunjukkan hanya Juraimi yang memegang senjata dan menetak Datuk Mazlan, namun perkara itu berlaku dalam keadaan tidak sedarkan diri dan atas arahan Mona Fendy. Selain itu, rancangan untuk membunuh ADUN Talam itu juga telah dilakukan sebulan sebelum itu lagi!

Selepas perbicaraan selesai, ketiga tiga tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh.

monafendi1
Mona sentiasa tersenyum

Moral daripada kisah ibi, janganlah kita mengharapkan jalan yang mudah untuk berjaya dan kembalilah kepada Allah yang  maha kaya. Inshaallah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply