Cinta & Perhubungan Inspirasi

Pengamalan Air Kosong Sihat

Perkongsian

Sebelum ini Kisah Dunia berkongsi Artikel Air Kosong yang boleh mengakibatkan Maut. LINK : AWAS: Diet Air Kosong boleh membawa Maut

Artikel tersebut menimbulkan kesedaran akan bahayanya pengamalkan diet air mengantikan makanan tersebut secara melampau . Seterusnya artikel ini dikongsi untuk menimbulkan kesedaran mengenai air untuk badan dan keinginan umum mengenai kaedah pengamalan air minum yang sihat.

drinking-water

Anda perlu mengetahui bahawa Air diminum bertujuaan bagi:

-mengelakkan terhidarsi (kekurangan air)

-membersihkan anggota dalaman badan terutamanya buah pinggang

-melancarkan proses pemakanan (pelawas)

BUKAN menggantikan sumber nutrisi badan anda ! BUKAN untuk kurus !

Air dalam Makanan

Justeru, badan juga mendapat air daripada sumber makanan. Ini merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Institute of Medical (IOM) pada tahun 1954 yang menyatakan kadar pengambilan satu kalori bersamaan pengambilan satu ml air.

“a person consume one milliliter (ml) of water per each calorie of food consumed” IOM

Pengambilan air dalam makanan TIDAK BOLEH diketepikan kerana ia juga PENYUMBANG kepada air kepada badan anda supaya anda tidak terhidasi.

minum1

Pengambilan Air Banyak

Pengambilan air dalam jumlah yang banyak hanya disarankan kepada pesakit yang mengalami batu karang  buah pinggang atau sakit seumpamanya menurut Heinz Valtin dalam American Journal of Physiology, Dartmouth Medical School 2002. Ia dapat pembuang batu karang yang terhasil dalam sistem badan. Selain daripada itu, pengambilan kuantiti sebegitu adalah disarankan pada cuaca yang panas dan golongan aktif bersukan.

Biar Badan Anda Berbicara

Anda sering memandang rendah terhadap kemampuan badan anda untuk berbicara kepada anda. Menurut Institute of Medical (IOM) lagi, terdapat pelbagai perbezaan pandangan berkenaan jumlah yang SEPATUTNYA diambil oleh badan manusia. Ada yang menyatakan 8 x 8 gelas, ada yang menyatakan 15 gelas. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam merangkumkan jumlah yang spesifik. Akkhirnya menyebabkan kekeliruan apabila anda berada dalam kondusi yang berbeza.

minum

Jadi bagaimana anda perlu minum?

Pertama,

Anda perlu percaya kepada bahasa badan anda kerana anda akan berasa haus jika badan anda memerlukan air. Itu merupakan kaedah badan anda menyatakan bahawa sistemnya memerlukan air tambahan dan itu lah jumlah air keperluan anda untuk hidup. Mudah bukan !

” Anda perlu percaya kepada bahasa badan anda kerana anda akan berasa haus jika badan anda memerlukan air” IOM

Kedua,

Gantikan Minuman Diet kepada Air Kosong.

Kajian yang diketuai oleh Madjd dalam jurnal “Effects on weight loss in adults of replacing diet beverages with water during a hypoenergetic diet: a randomized, 24-wk clinical trial.” mendapati dengan mengantikan minuman diet selepas makan pada waktu utama akan menurunkan lebih banyak berat badan berbanding dengan pengambilan minuman diet.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply