Cinta & Perhubungan Hiburan

Siapa Vie Santie disamping Zizan?

Perkongsian

Selepas hubungan cintanya dengan Emma Maembong terputus ditengah jalan, pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak, 32, dikatakan sudah mempunyai pengganti iaitu seorang gadis dari kampungnya sendiri.

Namun begitu, kisahnya itu berlalu begitu sahaja sehingga yang terbaru desas-desus yang sedang bertiup kencang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan Vie Santie, ibu kepada tiga cahaya mata yang juga merupakan bekas isteri aktor, Datuk Eizlan Yusof.

image

Walau kerap dilihat mereka keluar makan dan menonton wayang bersama, Zizan menafikan yang mereka mempunyai apa-apa hubungan serius. Tambahan pula, keluarga atau rakan lain akan turut serta dalam perjumpaan mereka.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana kami setakat berkawan. Sama macam orang lain, keluar makan, tengok wayang. Kalau betul saya bercinta dengannya, untuk apa sorok?” tegas Zizan.

Vie sendiri turut tampil menafikan segala khabar cerita mengenainya dan Zizan melalui akaun instagramnya dan ia diakui benar oleh Zizan sendiri.

“Buat masa ini, kami memang tiada hubungan serius. Lagipun, Vie sendiri sudah membuat penafian di Instagramnya. Benarlah seperti dikatakannya dan kalau boleh, saya tidak mahu lagi menyentuh perkara ini,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Zizan mengakui selesa berkawan dengan Vie bukan disebabkan oleh kematangan, muda atau berusia tetapi apa yang paling penting adalah keserasian.

Zizan juga berkata yang dia bukan jenis memilih kawan tetapi dengan Vie dia selesa untuk berbual banyak perkara terutama mengenai bisnes.

Bekas suami Vie pula, Eizlan Yusof apabila diminta mengulas mengenai hal ini menganggap bahawa perkara ini langsung tidak menjejaskan hubungan baik antara dirinya dan bekas isteri.

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

image

Eizlan sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu.

Apa kesudahannya? Kita tunggu dan lihat kerana Zizan juga tidak mahu komen apa-apa mengenai hasrat Eizlan itu.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply